Antara perintah utama yang diperintahkan oleh Allah keatas
hambaNya adalah sujud.
Tatkalamana Allah menciptakan manusia pertama yakni Adam
'Alaihissalam, Allah telah memerintahkan malaikat dan iblis untuk sujud kepada
Adam 'Alaihissalam sebagaimana firmanNya:
(2:34) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari
golongan yang kafir.
(surah Al-Baqarah - ayat 34)
(Ulama' menyatakan bahawa sujud disini tidak lah sama
sepertimana sujudnya manusia didalam solat, akan tetapi, sujud disini mebawa
maksud menghormati Adam 'Alaihissalam sebagai ciptaan Allah yang agung)
Didalam ayat ini, hanya iblis yang ingkar akan suruhan Allah
untuk sujud kepada Adam 'Alaihissalam. Maka, dengan itu, iblis telah ingkar
akan suruhan Allah dan termasuklah ia dari golongan kafir yang takabbur kerana
tidak mahu sujud kepada perintah Allah.
Manusia diperintahkan untuk sujud kepada Allah didalam
solat. Dengan sebab itulah barangsiapa yang meninggalakan solat, maka berdosa
besarlah ia kerana sombong dan angkuh mengingkari perintah Allah supaya sujud
kepadaNya sebagaimana iblis yang sombong dan angkuh apabila disuruh sujud
kepada Adam 'Alaihissalam. Dari sini, orang yang tidak solat boleh dihukum
kafir sebagaimana iblisyang menjadi kafir kerana ingkar arahan Allah supaya
sujud.
Pendapat dari Ahlusunnah Waljamaah mengataka, mereka yang
beri'tiqad bahawa solat yang wajib itu tidak wajib sahaja yang dihukum kafir
dan tidak boleh ditanam diperkuburan orang islam,disolatkan,serta dikafankan,
manakala mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah termasuk dalam
kalangan orang yang fasiq dan boleh disolatkan jenazahnya serta ditanam
diperkuburan islam.
Perintah Allah supaya sujud adalah antara perintah yang
utama kerana ianya mampu mebunag sifat angkuh dan sombong dalam diri manusia.
Apabila manusia jauh dari sifat angkuh dan sombong, manusia akan tunduk dan
menikut segala perintah dan suruhan Allah serta menjauhi segala larangan dan
tegahan Allah.
Manusia yang tidak mahu sujud kepada Allah bererti sombong
dan angkuh kepada Allah menjadiakan ia seorang yang kafir kerana hanya kafir
sahaja yang tidak mahu sujud kepada Allah. Sedangkan semua makhluk lainnya
sujud kepada Allah dengan cara yang tertentu.
Sujud hanya layak kepada Allah 'azzawajalla sebagaimana yang
diceritakan dalam sebuah hadith:
Suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan di luar kota dan
berjumpa dengan seorang badwi. Badwi ini meminta Rasulullah membuktikan
kenabian dengan menunjukkan satu mukjizat. Rasulullah kemudiannya bertanya.:
"apa yang kamu mahu". Nabi lantas menyuruh badwi tersebut menuju ke
sebatang pokok kurma yang telah mati dan meminta badwi itu menyampaikan
salamnya kepada pokok kurma tersebut.
Tanpa disangka-sangka pohon kurma itu telah menjawab salam
Rasulullah dan kemudian telah bergerak dan berjalan menuju ke arah Rasulullah.
Sesampainya di hadapan Nabi, pokok itu telah sujud dihadapan Rasulullah.
Badwi itu akhirnya mengakui kenabian Rasulullah dan telah
mengucapkan syahadah dihadapan nabi.
Peristiwa tersebut akhirnya tersebar di kalangan orang ramai
dan telah sampai kepada Umar ra. Umar kemudian pergi berjumpa nabi dan ingin
sujud kepada nabi kerana katanya sedangkan pokok mati pun sujud kepada nabi.
Tetapi nabi tidak memperkenankan permintaan Umar dan Nabi bersabda; "jika
ada dikalangan makhluk boleh menyembah sesama makhluk, aku ingin supaya isteri
menyembah suaminya"
Oleh yang demikian, sujudlah wahai manusia kepada Allah yang
telah menciptakanmu dengan sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya setiap perkara
yang diperintahkan oleh Allah akan membawa berjuta kebaikan kepada manusia
bukan sahaja untuk kehidupan didunia, bahkan untuk kehidupan yang kekal abadi
di akhirat kelak..