Pages

Monday 30 January 2012

Ummi...


Ummi…
Ketika Aku melihatmu
Entah kenapa terpancar dari wajah teduhmu ketenangan
Terbesit dari balik senyummu keindahan
Dan terasa lebih indah jika aku ceritakan semua ini
Pada bintang yang berkilauan…

Ummi…
Izinkanlah aku menangis
Jika air matamu menangis
Jika air matamu terjatuh kerana kederhakaanku
Kedua tanganmu memelukku kerana kerinduanmu padaku
Bibir dan lisanmu yang kau basahi dengan dzikir dan doa
Demi mengharapkan kesolehan agama dan akhlakku

Ummi…
Ketika detak jantungku mulai berdetak kencang
Dan terasa akan berhenti..
Saraf dalam tubuhku mulai merasakan sakit yang tidak akan terubati
Denyut nafas dalam jiwaku mulai terasa berhenti
Maka, hanya kalimat maaf yang masih terlantun lembut
Dari lubuk hati kecilku..


Imam Abu Hanifah Rahimahullah pernah berkata, “Demi Allah bukanlah pukulan cambuk yang menyakitkanku, akan tetapi cucuran air mata ibundaku yang membuat hatiku terluka.”



credir: Ummi Izinkan Aku Menangis - Jika Air Matamu Terjatuh Kerana Kederhakaanku...

Friday 27 January 2012

YaAllah...


KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. 

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

RASA KECEWA?

Surah Al-Imran, ayat 139
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. 

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 87
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.




wallahu'alam...

Monday 23 January 2012

Duha...

Dhuha..


Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu
Kecantikannya kecantikanMu
Keindahannya keindahanMu
Kekuatannya kekuatanMu
Kekuasaannya kekuasaanMu
Perlindungannya perlindunganMu
Ya Allah jika rezeki masih di langit turunkanlah
Jika dibumi keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMu
KeindahanMu
KekuatanMu
KekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh

.....

credit: video-SyedStedy

Sunday 22 January 2012

Andai Rasulullah Bersama Kita


"Andai Rasulullah Bersama Kita"


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Versi Bahasa Melayu - By: Hafiz Hamidun, Album - Zikir Terapi Diri (2011), Track 11, Title (Lawkana Bainana)
-----------------------------------------------------------------
Wahai Tuhanku...Kami Telah Lalai Lupa
Namun Setiap Orang Daripada Kami Tetap Tamakkan
Keampunan-Mu Dan Sifat Pemurah-Mu
Dan Kebebasan Daripada Neraka-Mu Dan Juga Syurga
Bersama-Sama Penghulu Seluruh Manusia

Kami Mohon Pada-Mu
Mohon Dengan Sangat Wahai Tuhanku
Dari Sudut Hati Kami Yang Paling Dalam


Kalaulah Kekasih-Mu
Masih Berada Bersama-Sama Kami
Akan Terlunaslah Segala Hutang
Dan Semakin Hampirlah Dengan Haruman Baginda
Sebelum Hilangnya Rasa Yang Meronta-Ronta
Untuk Berada Hampir Dengan Kekasih-Mu

Berada Berhampiran Baginda Jiwa Turut Menjadi Harum
Dan Apa Jua Yang Kalian Doakan Kepada Allah
Akan Diperkenankan
Cahaya Nabi Muhammad Tidak Akan Pernah Sirna
Sempatkanlah Kami Bertemu Dengan Baginda
Wahai Tuhan Yang Maha Memperkenankan Doa Hamba

Hidayah-Mu Kepada Alam Merata Meluas
Tanda Hampirnya Kasih Sayang Tuhan Pemberi Hidayah
Hadith-Hadithmu Ibarat Sungai Mengalir Jernih
Berada Di sisimu Bagaikan Dahan Yang Tumbuh
Segar Dan Basah

Ku Tebus Diriku Dengan Dirimu
Wahai Kekasihku Nabi Muhammad Yang Mulia Yang Asing
Berada Berhampiranmu Jiwa Menjadi Harum
Wahai Yang Diutuskan
Sebagai Tanda Kasih Sayang Tuhan Kepada Seluruh Alam

Wahai Kekasihku
Wahai Muhammad
Wahai Doktor Hatiku
Wahai Yang Dipuji Dipuja
Dirimu Memiliki Kelebihan Yang Diakui
Oleh Tuhan Yang Turut Berselawat Ke Atasmu...



credit: AdorerOfIslam, Asyraff Hafdzan Abdullah.

Saturday 21 January 2012

Doa.....


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya
Ya Allah, keluarkan kami dari gelapnya kebingungan dan muliakan kami dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.
 Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
...

Amalan Yang Di sukai Allah


Amalan yang paling disukai Allah

Suatu hari, datang Abdullah ibnu Mas`ud menemui Rasulullah lalu ditanyakan kepada Baginda, "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” (Hadis riwayat Bukhari).

Solat di awal waktu
Solat adalah asas utama bagi kehidupan kita sebagai seorang muslim yang merupakan tiang kepada agama sebagaiman yang disebutkan didalam hadith “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya" (Riwayat Al-Bakhari dan Muslim). Keagungan solat juga dapat dilihat melalui arahan Allah supaya kita menunaikan solat iaitu semasa peristiwa isra’ dan mi’raj dimana Rasulullah SAW bertemu Allah bagi mendapatkan perintah menunaikan solat. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab ketika di padang mahsyar kelak sebagaimana yang disebutkan:”Dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud : “ Perkara yang pertama kali akan dihisab dari seorang hamba adalah shalatnya”.

Berbakti kepada Ibu Bapa
Seharusnya seorang anak berbakti kepada kedua ibu bapa kerana asbab dari mereka lah, kita dilahirkan ke dunia ini melalui takdir Allah. Firman Allah: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Surah Luqman – ayat 14).

Berjihad di jalan Allah
Kesenangan yang disediakan bagi Allah untuk hambanya yang berjihad pada jalanNya amat besar. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu:"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

Wednesday 18 January 2012

Malu Yang Dikeji.....


Ramai dari kalangan anak muda diberikan kelebihan daripada Alllah dan dikurniakan dengan Allah kecerdikan. Sebahagian yanglain mempunyai kreativiti, dalam bermacam-macam bidang dan pekerjaan. Tiada seorang pun dari kalangan manusia, melainkan Allah kurniakan kepadanya dengan keintelektualan, kepakaran, bakat, dan keistimewaan. Namun, yang meghalang mereka daripada menonjolkan kebolehan mereka adalah sifat malu yang disebut oleh para ulama’ sebagai malu yang dikeji.

Nabi SAW adalah manusia yang paling tinggi sifat malunya, dan dia lebih pemalu daripada seorang anak dara di sebalik tabirnya, dan baginda telah bersabda bahawasanya malu itu adalah di antara cabang-cabang iman. Tetapi, jika sekiranya malu ini menghalang seseorang itu daripada menonjolkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah dari kebaikan, maka malu ini adalah malu yang dicela.

Didalam kitab sahih al-Bukhari, Nabi SAW pernah menyoal para sahabat, “pokok apakah yang mirip seperti seorang mukmin?”. Nabi SAW membuat satu teka teki. Para sahabat diam. Para sahabat berkata “fikiran kami melayang ke padang pasir, pokok-pokok, dan kebun-kebun…”.  Apabila majlis tamat, tiada seorang pun dapat menjawab. Maka Nabi SAW menjawab, “Sesungguhnya pokok itu adalah pokok kurma.”  Waktu itu, Abdullah ibn Umar al-Khattab hanyalah seorang anak kecil. Apabila keluar dari majlis tersebut, dia memberitahu ayahnya, Saidina Umar-“Wahai ayah, aku sebenarnya tahu pokok itu adalah pokok kurma, tetapi aku malu”. Maka Saidina Umar berkata, “Sekiranya kamu menjawab soalan tadi, nescaya lebih aku sukai daripada sekian dan sekian,”. “Kalau kamu jawab, padahal kamu masih lagi budak kecil, dan menjawab soalan nabi, aku berbangga dengan kamu, dan kamu dapat menonjolkan kecerdikan yang Allah kurniakan kepada kamu”.  Saidina Umar menyalahkan anaknya kerana dia tahu jawapan tersebut, tetapi tidak menjawabnya.

Oleh itu, kami menasihatkan kepada para remaja, sesiapa sahaja yang mampu untuk membuat apa-apa sahaja kerja dan usaha, jangan tangguh-tangguh!. Walaupun bertemu dengan kegagalan atau cercaan sesetengah manusia atau berasa bersalah atau malu. Atasilah penghalang ini!. Akan lahir dari kamu kemampuan yang luar biasa. Kemudian akan tercapai tahap-tahap kecemerlangan serta kejayaan dengan izin Allah.

Ini merupakan suatu isu penting yang memerlukan perhatian dari para pemuda, sehingga akan lahir dalam masyarakat kita suatu hari nanti orang–orang yang kreatif, orang-orang berkeupayaan, ahli-ahli pemikir. Dan lahir dari kalangna para pemuda Islam, orang yang mencetuskan pelbagai keajaiban, yang menjadi kebanggaan Rasulullah SAW.

Walluhua'lam...

Sunday 15 January 2012

Berdoalah....

Janganlah kelambatan pemberian kurniaan-kurniaan (daripada Allah) sedangkan engkau telah bersungguh-sungguh di dalam berdoa, menyebabkan engkau berputus asa.
Kerana, Dia telah pun menjamin akan memperkenankannya, pada apa yang telah Dia pilihkan untukmu, bukan pada apa yang engkau pilihkan untuk dirimu sendiri. Dan pada waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau kehendaki.

Wallahua'lam....

Monday 2 January 2012

Azab atau Pengampunan...?

Pandanglah kepada azab Allah tatkalamana engkau ingin melakukan dosa. Janganlah memandang kepada luasnya pengampunan Allah terlebih dahulu. Kerana dengannya engkau mungkin akan terus melakukan dosa dan menagguh taubatmu.

Janganlah disebabkan luasnya pengampunan dan kasih sayang Allah menjadikan engkau sering mengulangi dosa-dosamu kerana yakin Allah sentiasa menampunkan dosa-dosamu. Sesungguhnya, azab Allah tidak terperi sakitnya. Adapun pengampunan dan kasih sayang Allah tidak berkesudahan banyaknya.

Dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui.....