Pages

Saturday 16 June 2012

Iktibar Dari Perang Tabuk


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ علَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 38:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ ﴿٣٨﴾

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanyalah sedikit berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Kini kita berada dihujung bulan Rejab, satu bulan yang mencatatkan beberapa peristiwa besar seperti isra’ mikraj dan peperangan Tabuk (9H) serta penawanan semula bumi Palestine oleh Yahudi laknatullah pada 15 mei 1948 (6 Rejab 1367 H) dengan penubuhan negara haram israel selepas Palestine pernah dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 H (2 Oktober 1187 M). Peristiwa ini bukanlah untuk tatapan dan ratapan sahaja, namun apa yang lebih penting adalah mengambil mutiara pengajaran dan iktibar dari peristiwa ini dalam menegakkan dan meninggikan kalimah Allah di atas muka bum. Kita harus memahami akan dua konsep dalam kemenangan dan kekalahan iaitu سُنَّةُ النَّصْر ketentuan kemenangan dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَة. Musuh islam tetap akan diberi kemenangan jika mereka mencukupi syarat kemenangan manakala umat islam pula tetap akan kalah jika memenuhi syarat kekalahan walaupun perjuangan Islam adalah benar. Sayyidina Ali pernah mengingatkan kita: “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.

Wajib untuk kita sentiasa bersedia dengan aqidah yang kukuh dan mantap dengan mendalami ilmu agama setiap masa dalam berdepan dengan musuh-musuh islam. Hati juga perlu di bersihkan dengan menjauhi sifat mazmumah dan melakukan sifat-sifat mahmudah sehingga hubungan kita dengan Allah menjadi semakin dekat dan seterusnya menghampirkan diri kita dengan janji kemenangan di dunia dan di akhirat. Al-Imam al-Ghazali berkata: “Suburkanlah hatimu dengan tiga perkara iaitu ketika membaca al-Quran, ketika solat, dan ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemui hatimu, maka pohonlah kepada ALLAH hati yang baru kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati”.

Tuesday 12 June 2012

.......


Ya ALLAH,
Hati ini masih bersedih di atas musibah yang menimpa,
Dalam perjalanan mencari erti secebis kasih dan sayang,
Serta dambaan keredhaanMu,

Air mata ini sentiasa bercucuran dalam mencari butiran hikmah dariMu,
Kurnikanlah kesabaran yang tinggi kepadaku,
Tabahkanlah hatiku dalam menempuhi ujianMu yaALLAH,

Tenang dan tenteramkanlah hatiku yaALLAH,
Kerna Engkaulah pemilik hati ini,

yaAllah, sesungguhnya kesedihan ini datangnya daripadaMu dan perginya dengan kehendakMu,
Aku bermohan dan merayu kepadaMu yaAllah dengan setiap zat-zat Mu yang Maha Agung,
Dengan keberkatan kekasihMu yang aku rindui dan cintai, Rasulullah S.A.W.,
Lenyapkanlah kesedihan ini dan gantikanlah ia dengan kegembiraan diatas apa yang ditangisi ini,

Hanya Engkau yang mengetahui akan apa yang ditangisi ini,
Hanya Engkau yang mengetahui akan apa yang tersurat dan tersirat di hati ini,
Disaat ada yang menolak dan tidak mengerti serta memahami akan hatiku ini yaAllah,

Wahai Tuhan, Engkau redhailah akan daku dengan keputusan-keputusanMu,
Engkau sabarkanlah aku diatas cubaan-cubaanMu,
Engkau ilhamkanlah kepadaku, untuk mensyukuri nikmat-nikmatMu yaAllah,

Angkatlah permohonanku ini disisiMu yaAllah,
Makbulkanlah doaku ini yaAllah,
Tunaikanlah hajatku yaAllah,

Sesungguhnya aku bersaksi Engkaulah Tuhanku yaAllah,
Tiada Tuhan selainMu yaAllah,
Cukuplah Engkau bagiku yaAllah,
Sebaik-baik pelindung,
Sebaik-baik penjaga,
Sebaik-baik penolong,
ALLAHuRabbi, ALLAHuRabbi, ALLAHuRabbi…

Alfaqir – hamba yang Esa…