Jika kamu memancing
ikan, setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.
Janganlah sesekali kamu lepaskan ianya semula ke dalam air begitu saja. Kerana
ia akan sakit oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan
menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah
kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu,
hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu
saja. Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia mengingati.
Jika kamu menadah air
biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia
retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan
jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitulah juga jika kamu
memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Kerana
apabila sekali ia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya,
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi, yang pasti baik untuk
dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah?. Cuba mencari
makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu
telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu,
menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain?. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya;
apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga akan menyesal.
Sayangilah sepenuh hatimu, terimalah
seadanya, hargailah selagi ada, agar kelak dirimu tidak dirundung penyesalan,
atas apa yang berlaku.
Wallaua’lam…..
Edited from: jika...