"Ku
cintakan para solihin namun aku bukanlah sebahagian daripada mereka
Mudah-mudahan
aku mendapat syafaat mereka
Dan
aku benci melakukan maksiat
Walaupun
aku sedar kita seringkali sama sahaja
Si
dungu sering menegurku dengan biadab
Dan
aku kurang senang untuk melayannya
Bertambahlah
dungu dan makinku berlembut
Umpama
setanggi makin dibakar makin mengharum
Ku
mengadu kepada Waqi' masalah ingatanku
Maka
beliau menasihatiku untuk meninggalkan maksiat
Beliau
khabarkan bahawa ilmu itu cahaya
Dan
cahaya Allah itu bukanlah untuk si pendosa
Kita
menyalahkan masa, sedangkan kesalahan itu pada kita
Tidaklah
masa itu bersalah melainkan kita sendiri
Kita
mencela masa sedangkan ia tiada berdosa
Kalau
masa itu mampu bertutur nescaya kita dicelanya
Serigala
itu tidaklah memakan daging serigala
Sedangkan
kita 'memakan' sesama kita terang-terangan
Singa
di hutan mati kelaparan
Sedangkan
daging kambing itu dimakan anjing
Dan
terkadang hamba itu tidur beralaskan sutera
Sementara
si mulia itu berlantaikan tanah
Masa
ini hanya dua, kadang aman kadang khuatir
Hidup
juga dua, kadang jernih kadang keruh
Tidakkah
kamu lihat lautan itu di atasnya bangkai
Sedangkan
di dasarnya tersimpan mutiara
Juga
di langit itu berjuta bintang tiada terkira
Dan
tidaklah gerhana melainkan hanya matahari dan bulan
Saudaraku,
engkau tidak akan memperoleh ilmu melainkan dengan enam
Ku
khabarkan buatmu dengan terperinci
Kecerdikan,
Disiplin, Kesungguhan, Bekalan,
Melazimi
guru serta Tempoh yang panjang."
~ Izzah0404