Pages

Thursday 21 March 2013

Nasihat Untuk Para Pendakwah


“Apabila mengenang akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita dalam kerja dakwah ini, berapa ramai yang sudah mendapat petunjuk asbab dakwah kita, berapa ramai yang sudah bertaubat dan kembali kepada jalanNya, sudah pasti kita akan berasa sangat gembira (Alhamdulillah, moga Allah menerima segala amalan kita). Kerana apabila Allah menerima kita, akan datang di akhirat kelak lembaran-lembaran nama yang sangat banyak kerana dakwah kita. Tetapi kita lupa, bahawasanya disana juga ada kemungkinan yang lain, iaitu bangkitnya bersama lembaran tadi adalah lembaran nama yang lain yakni lembaran ini dipenuhi pula dengan nama mereka yang berpaling dari Allah asbab dari diri kita. Kerana tingkah laku yang buruk dari seorang pendakwah atau ustaz ketika berhadapan dengan seseorang, menyebabkan seseorang ini membenci untuk memahami agama. Atau menunjukkan contoh akhlak yang berbeza dengan akhlak Rasulullah menyebabkan seseorang itu membenci untuk memahami agama. Atau tidak tahu cara memahami kehendak atau permasalahan atau fanatik dengan satu aliran pandangan yang mengikut hawa nafsu. Serta memandang seseorang itu dengan pandangan yang hina.”

wallahu`alam...

al-Habib A'li al-Jufri

Monday 4 March 2013

yaAyyuhal Walad - Waktu Itu Ialah Kehidupan

Wahai anakku yang tercinta;
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah:

" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seorang hamba apabila ia selalu mengerjakn perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat kelak) dan siapa umurnya lebih dariada empat puluh tahun, sedang kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."