Pages

Thursday 13 June 2013

Doa Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه



Telah berkata Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رضي الله عنه  : Asy-Syeikh ‘Abdul Qaadir al-Jailani رضي الله عنه  menyebut di dalam al-Ghunyah: Bahwasanya Sayyidina al-Imam ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه adalah beliau meluangkan waktunya (yakni memberi penumpuan yang lebih) untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, iaitu: malam pertama bulan Rajab, malam 2 hari raya, dan malam Nishfu Sya’ban, dan adalah daripada doanya beliau pada malam tersebut:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ مَصَابِيْحِ الْحِكْمَةِ، وَمَوَالِيْ النِّعْمَةِ، وَمَعَادِنِ العِصْمَةِ، وَاعْصِمْنِيْ بِهِمْ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ عَلَى غِرَّةٍ، وَلاَ عَلَى غَفْلَةٍ، وَلاَ تَجْعَلْ عَوَاقِبَ أَمْرِيْ حَسْرَةً وَنَدَامَةً، وَارْضَ عَنِّيْ؛ فَإِنَّ مَغْفِرَتَكَ لِلظَّالِمِيْنَ، وَأَنَا مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Penghulu Kami Muhammad dan keluarga Baginda, lentera-lentera  (sumber cahaya) hikmah, pemberi nikmah dan sumber perlindungan. Lindungilah aku dari keburukan dengan berkat mereka. Janganlah Engkau ambil aku ketika aku sedang tertipu dan lalai, janganlah Engkau jadikan akhir segala urusanku kerugian dan penyesalan. Redhailah aku, kerana sesungguhnya keampunnanMu bagi orang-orang yang zalim dan aku tergolong dari kalangan orang yang berbuat zalim.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا لاَ يَضُرُّكَ، وَأَعْطِنِيْ مَا لاَ يَنْفَعُكَ، فَإِنَّكَ الوَاسِعَةُ رَحْمَتُهُ، اَلْبَدِيْعَةُ حِكْمَتُهُ، فَأَعْطِنِيْ السَّعَةَ وَالدَّعَةَ، وَالأَمْنَ وَالصِّحَّةَ، وَالشُّكْرَ وَالمُعَافَاةَ وَالتَّقْوَى، وَأَفْرِغِ الصَّبْرَ وَالصِّدْقَ عَلَيَّ وَعَلَى أَوْلِيآئِيْ فِيْكَ، وَأَعْطِنِيْ اليُسْرَ، وَلاَ تَجْعَلْ مَعَهُ العُسْرَ، وَأَعْمِمْ بَذَلِكَ أَهْلِيْ وَوَلَدِيْ وَإِخْوَانِيْ فِيْكَ، وَمَنْ وَلَدَنِيْ، مِنَ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ. اهـ.


Ya Allah, kurniakanlah keampunan bagiku kerana hal itu tidak memudharatkanMu, dan berilah aku apa yang tidak bermanfaat bagiMu, kerana sesungguhnya Engkau memiliki rahmat yang sangat luas dan hikmah yang menakjubkan. Maka berilah aku keluasan (rezeki), kelembutan, keselamatan, kesihatan, rasa syukur, ‘afiat dan taqwa. Dan berilah aku kesabaran dan sikap siddiq (jujur), juga kepada teman-temanku di jalanMu. (Ya Allah) berilah kepadaku kemudahan, dan jangan Engkau jadikan bersamanya kesusahan, begitu juga kepada keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku di jalanMu serta orang-orang yang melahirkan aku, dari kalangan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.