““Dan setiap umat ada kiblatnya yang ia menghadap kepadanya”, apabila
Allah mencintai dan meredhai kamu, Dia akan menghadapkan arah kamu kepadaNya.
Dia tidak membiarkan kamu terleka dengan sesuatu yang mendatangi kamu, seperti
dengan dunia serta isi-isinya. Allah berfirman mari kesisiKu. Allah selamatkan
kamu daripada kebahayaan dan bala bencana seluruhnya. Apabila Allah tidak redha
terhadap kamu, apabila Dia tidak mencintai kamu, apabila Dia tidak ingin
terhadap kamu, Dia akan menjadikan hati kamu menghadap kearah selainNya. Dia
akan timpakan terhadap kamu menghadap pergi kearah perbuatan ini atau kearah
perbuatan itu. Berlalunya hidupmu dengan sia-sia. Kemudian di penghujungnya
barulah kamu sedari bahawa kamu bukan berada dalam tujuan hidup yang sebenar.
Kamu berjalan bukan dijalan yang lurus. Hanyalah yang kamu rasai selepas itu
adalah penyesalan. Kamu menyesal kiri dan kanan. “dia mengatakan:”alangkah
baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini”.” Dan kamu
telah pun ketahui bahawa kehidupan yang hakiki itu kamu akan temui
selepaskehidupan sekarang ini. Kamu tidak boleh berbuat apa pada kehidupan
dunia yang telah lalu. “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal
soleh untuk hidupku ini”. Semoga Allah mengurniakan kami dan juga kamu
keberkatan umur, serta dikurniakan keikhlasan dalam beribadah kepadaNya.”
~ Al-Habib Umar bin Hafidz