Pages

Thursday, 13 February 2014

Waktu adalah umur

"Dan waktumu adalah umurmu, dan umurmu adalah modal hidupmu dan dengan waktumu itulah engkau mulai berniaga untuk akhirat yang akan menghantarkanmu kepada kebahagiaan yang abadi di dalam kedekatan dengan Allah. Maka setiap nafas dari seluruh nafas adalah mutiara yang tidak terhitung nilainya, dan apabila telah berlalu nafas itu, maka tidak ada gantinya."

~ Risalah al-Muawwanah - Al-Imam Al-Habib Abdullah bin `Alawi Al-Haddad

Sunday, 12 January 2014

Apabila Allah Mencintai Kamu.....

““Dan setiap umat ada kiblatnya yang ia menghadap kepadanya”, apabila Allah mencintai dan meredhai kamu, Dia akan menghadapkan arah kamu kepadaNya. Dia tidak membiarkan kamu terleka dengan sesuatu yang mendatangi kamu, seperti dengan dunia serta isi-isinya. Allah berfirman mari kesisiKu. Allah selamatkan kamu daripada kebahayaan dan bala bencana seluruhnya. Apabila Allah tidak redha terhadap kamu, apabila Dia tidak mencintai kamu, apabila Dia tidak ingin terhadap kamu, Dia akan menjadikan hati kamu menghadap kearah selainNya. Dia akan timpakan terhadap kamu menghadap pergi kearah perbuatan ini atau kearah perbuatan itu. Berlalunya hidupmu dengan sia-sia. Kemudian di penghujungnya barulah kamu sedari bahawa kamu bukan berada dalam tujuan hidup yang sebenar. Kamu berjalan bukan dijalan yang lurus. Hanyalah yang kamu rasai selepas itu adalah penyesalan. Kamu menyesal kiri dan kanan. “dia mengatakan:”alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini”.” Dan kamu telah pun ketahui bahawa kehidupan yang hakiki itu kamu akan temui selepaskehidupan sekarang ini. Kamu tidak boleh berbuat apa pada kehidupan dunia yang telah lalu. “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan amal soleh untuk hidupku ini”. Semoga Allah mengurniakan kami dan juga kamu keberkatan umur, serta dikurniakan keikhlasan dalam beribadah kepadaNya.”

~ Al-Habib Umar bin Hafidz

Tuesday, 22 October 2013

Syair....

Syair ini telah membuatkan al-Imam Ahmad Bin Hanbal (r.a.) menangis apabila mendengar dua bait pertama dari syair ini. Al-Imam Ahmad bin Hanbal (r.a.) telah ditanya muridnya, Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya ”Seperti apa? Contohnya?” lalu muridnya mendendangkan syair ini. Selesai dua rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: “kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.” Moga ianya memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita. AllahuRabbi…

Jika Tuhan bertanya pada ku…
“Tidak malukah kau bermaksiat kepadaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhlukKu
Dan datang kepadaKu dengan penuh dosa.”

Bagaimanakah akan ku jawab duhai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
Dan harapan dari masa ke semasa
Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan apa yang berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ini dijamin untuk hidup selamanya…

Seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah…! Siapa sekarang yang mampu melindungku?

Aku melihat pada wajah-wajah…
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

Aku disoal,
“Apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?”

Maka bagaimana akan aku jawab?
Setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celaka aku! Apakah aku tidak mendengar
Ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari-hari ad-Deen (qiyamah)?
Adakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut, Menyeru dan menjemputku?

Maka yaRabb! Seorang hambaMu datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?

Melainkan Tuhan yang maha luas pengampunanNya
Dan yang membimbingku pada kebenaran…

Aku telah datang padaMu,
Maka kasihanilah daku dan beratkanlah timbangan kebaikanku
Dan ringankanlah (percepatkanlah) hisabku
Kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban…



Credit: Mujahid Nordin, Abdul Basith, HADRAH ZIKIR

Tuesday, 8 October 2013

Doa.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Pujian yang memenuhi nikamat-nikmatNya dan sejajar dengan kurnia tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu lah segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. YaAllah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabatnya sekalian.

YaAllah, dengan berkat surat Yaasin, dan berkat al-Quran yang penuh hikmah, dan dengan berkat orang yang Engkau pilih membawa risalah kenabian, kewalian dan membawa hidayah ke jalanMu yang lurus, dan dengan berkat segala yang dibawa oleh Jibril daripadaMu, kitab yang diturunkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang, dan dengan berkat khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna, dan dengan apa yang Engkau zahirkan dalam kewujudan ini bagi segala yang ada, yang berupa keterangan-keterangan yang nyata.

Dengan kehalusanMu, kelembutanMu yang meleraikan setiap yang gundah gulana, yang membebaskan setiap yang terpenjara.

Wahai Tuhan yang mengalirkan lautan dan mata air, wahai Tuhan yang khazanahNya di antara huruf kaf dan nun (kun) dan yang mengetahui apa yang telah ada sebelum terjadi akan ia. Kami pohonkan kepadaMu yaAllah agar Engkau lorongkan kepada kami habuan dari restuMu. Jadikanlah kami orang yang layak dan tempat untuk menerima kebahagiaan dan kekayaan yang Engkau kurniakan. Engkau mudahkanlah bagi kami untuk memperolehi segala hajat dan permintaan kami. Dan Engkau jadikanlah setiap kami di kalangan hamba-hambaMu pada setiap keadaan sebagai orang yang menang dan berjaya, dan janganlah Engkau jadikan kami berhajat kepada sesiapa pun dari kalangan makhlukMu dalam soal rezeki kami. Engkau ikatkanlah lidah-lidah orang mempertuturkan tentang keburukkan kami. Engkau iringkanlah segala pergerakkan kami dengan mendapat taufiqMu. Jadikanlah keredhaanMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping bagi kami. Anugerahkanlah kami dengan sifat kemuliaan dan kehebatan, dan kurniakan kepada kami dengan perkenan yang segera.

YaAllah, sahutilah doa kami, jadikanlah harapan kami terhadapMu menjadi kenyataan dan masukkan kami ke dalam benteng anugerahMu yang kukuh, dengan rahsia firmanMu: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki hanyalah dengan Dia berfirman kepadanya, jadilah, maka jadilah”.

Maha Suci Tuhan yang ditanganNya kekuasaan segala sesuatu, dan kepadaNya kamu dikembalikan.

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terbelenggu hutang,

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang menanggung kesusahan,

Maha Suci Tuhan yang urusanNya di antara huruf “Kaf” dan “Nun”.

Maha Suci Tuhan yang apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan kepadanya; “jadi” lalu jadilah.

Wahai Tuhan melepaskan dukacita, lepaskanlah.

Wahai Tuhan melepaskan dukacita, lepaskanlah.

Wahai Tuhan melepaskan dukacita, lepaskanlah daripada kami dukacita, kesusahan dan masalah kami.

Wahai Tuhan yang Maha hidup dan berdiri dengan sendiri.

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Baginda Nabi Muhammad s.a.w., para ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Thursday, 13 June 2013

Doa Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه



Telah berkata Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthas رضي الله عنه  : Asy-Syeikh ‘Abdul Qaadir al-Jailani رضي الله عنه  menyebut di dalam al-Ghunyah: Bahwasanya Sayyidina al-Imam ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه adalah beliau meluangkan waktunya (yakni memberi penumpuan yang lebih) untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, iaitu: malam pertama bulan Rajab, malam 2 hari raya, dan malam Nishfu Sya’ban, dan adalah daripada doanya beliau pada malam tersebut:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ مَصَابِيْحِ الْحِكْمَةِ، وَمَوَالِيْ النِّعْمَةِ، وَمَعَادِنِ العِصْمَةِ، وَاعْصِمْنِيْ بِهِمْ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ عَلَى غِرَّةٍ، وَلاَ عَلَى غَفْلَةٍ، وَلاَ تَجْعَلْ عَوَاقِبَ أَمْرِيْ حَسْرَةً وَنَدَامَةً، وَارْضَ عَنِّيْ؛ فَإِنَّ مَغْفِرَتَكَ لِلظَّالِمِيْنَ، وَأَنَا مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas Penghulu Kami Muhammad dan keluarga Baginda, lentera-lentera  (sumber cahaya) hikmah, pemberi nikmah dan sumber perlindungan. Lindungilah aku dari keburukan dengan berkat mereka. Janganlah Engkau ambil aku ketika aku sedang tertipu dan lalai, janganlah Engkau jadikan akhir segala urusanku kerugian dan penyesalan. Redhailah aku, kerana sesungguhnya keampunnanMu bagi orang-orang yang zalim dan aku tergolong dari kalangan orang yang berbuat zalim.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا لاَ يَضُرُّكَ، وَأَعْطِنِيْ مَا لاَ يَنْفَعُكَ، فَإِنَّكَ الوَاسِعَةُ رَحْمَتُهُ، اَلْبَدِيْعَةُ حِكْمَتُهُ، فَأَعْطِنِيْ السَّعَةَ وَالدَّعَةَ، وَالأَمْنَ وَالصِّحَّةَ، وَالشُّكْرَ وَالمُعَافَاةَ وَالتَّقْوَى، وَأَفْرِغِ الصَّبْرَ وَالصِّدْقَ عَلَيَّ وَعَلَى أَوْلِيآئِيْ فِيْكَ، وَأَعْطِنِيْ اليُسْرَ، وَلاَ تَجْعَلْ مَعَهُ العُسْرَ، وَأَعْمِمْ بَذَلِكَ أَهْلِيْ وَوَلَدِيْ وَإِخْوَانِيْ فِيْكَ، وَمَنْ وَلَدَنِيْ، مِنَ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ. اهـ.


Ya Allah, kurniakanlah keampunan bagiku kerana hal itu tidak memudharatkanMu, dan berilah aku apa yang tidak bermanfaat bagiMu, kerana sesungguhnya Engkau memiliki rahmat yang sangat luas dan hikmah yang menakjubkan. Maka berilah aku keluasan (rezeki), kelembutan, keselamatan, kesihatan, rasa syukur, ‘afiat dan taqwa. Dan berilah aku kesabaran dan sikap siddiq (jujur), juga kepada teman-temanku di jalanMu. (Ya Allah) berilah kepadaku kemudahan, dan jangan Engkau jadikan bersamanya kesusahan, begitu juga kepada keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku di jalanMu serta orang-orang yang melahirkan aku, dari kalangan kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Thursday, 21 March 2013

Nasihat Untuk Para Pendakwah


“Apabila mengenang akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita dalam kerja dakwah ini, berapa ramai yang sudah mendapat petunjuk asbab dakwah kita, berapa ramai yang sudah bertaubat dan kembali kepada jalanNya, sudah pasti kita akan berasa sangat gembira (Alhamdulillah, moga Allah menerima segala amalan kita). Kerana apabila Allah menerima kita, akan datang di akhirat kelak lembaran-lembaran nama yang sangat banyak kerana dakwah kita. Tetapi kita lupa, bahawasanya disana juga ada kemungkinan yang lain, iaitu bangkitnya bersama lembaran tadi adalah lembaran nama yang lain yakni lembaran ini dipenuhi pula dengan nama mereka yang berpaling dari Allah asbab dari diri kita. Kerana tingkah laku yang buruk dari seorang pendakwah atau ustaz ketika berhadapan dengan seseorang, menyebabkan seseorang ini membenci untuk memahami agama. Atau menunjukkan contoh akhlak yang berbeza dengan akhlak Rasulullah menyebabkan seseorang itu membenci untuk memahami agama. Atau tidak tahu cara memahami kehendak atau permasalahan atau fanatik dengan satu aliran pandangan yang mengikut hawa nafsu. Serta memandang seseorang itu dengan pandangan yang hina.”

wallahu`alam...

al-Habib A'li al-Jufri

Monday, 4 March 2013

yaAyyuhal Walad - Waktu Itu Ialah Kehidupan

Wahai anakku yang tercinta;
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ialah:

" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seorang hamba apabila ia selalu mengerjakn perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah), maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat kelak) dan siapa umurnya lebih dariada empat puluh tahun, sedang kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka."

Friday, 15 February 2013

yaAyyuhal Walad - Hakikat Hidup, Cinta dan Amal

"Hiduplah engkau sesuka hatimu, kerana engkau pasti akan mati. Dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki, kerana engkau akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, kerana engkau akan di balas mengikut amal perbuatanmu."

Tuesday, 22 January 2013

Ku Cintakan Para Solihin Namun...


"Ku cintakan para solihin namun aku bukanlah sebahagian daripada mereka
Mudah-mudahan aku mendapat syafaat mereka
Dan aku benci melakukan maksiat
Walaupun aku sedar kita seringkali sama sahaja

Si dungu sering menegurku dengan biadab
Dan aku kurang senang untuk melayannya
Bertambahlah dungu dan makinku berlembut
Umpama setanggi makin dibakar makin mengharum

Ku mengadu kepada Waqi' masalah ingatanku
Maka beliau menasihatiku untuk meninggalkan maksiat
Beliau khabarkan bahawa ilmu itu cahaya
Dan cahaya Allah itu bukanlah untuk si pendosa

Kita menyalahkan masa, sedangkan kesalahan itu pada kita
Tidaklah masa itu bersalah melainkan kita sendiri
Kita mencela masa sedangkan ia tiada berdosa
Kalau masa itu mampu bertutur nescaya kita dicelanya
Serigala itu tidaklah memakan daging serigala
Sedangkan kita 'memakan' sesama kita terang-terangan

Singa di hutan mati kelaparan
Sedangkan daging kambing itu dimakan anjing
Dan terkadang hamba itu tidur beralaskan sutera
Sementara si mulia itu berlantaikan tanah

Masa ini hanya dua, kadang aman kadang khuatir
Hidup juga dua, kadang jernih kadang keruh
Tidakkah kamu lihat lautan itu di atasnya bangkai
Sedangkan di dasarnya tersimpan mutiara
Juga di langit itu berjuta bintang tiada terkira
Dan tidaklah gerhana melainkan hanya matahari dan bulan

Saudaraku, engkau tidak akan memperoleh ilmu melainkan dengan enam
Ku khabarkan buatmu dengan terperinci
Kecerdikan, Disiplin, Kesungguhan, Bekalan,
Melazimi guru serta Tempoh yang panjang."

(al-Imam as-Shafie)

~ Izzah0404

Monday, 21 January 2013

Oh my Prophet.....



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Friday, 18 January 2013

Musibah...

Daripada Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Apabila seorang hamba terlalu banyak dosanya dan tidak ada amalan untuk menghapuskan dosa-dosanya, Allah akan melibatkannya dengan kedukacitaan untuk menghapuskan dosa-dosanya"

(Hadith Riwayat Ahmad)

AllahuRabbi...

Thursday, 17 January 2013

Cahaya Hati.......

Ketika hati tidak lagi mempunyai rasa,
Ketika hati tidak lagi bergetar saat diseru namaNya,
Ketika keangkuhan menjajah segenap jiwa,
Ketika lenyapnya segala kelembutan yang ada,
Beristighfarlah,
Beristighfarlah,
Beristighfarlah,
Kerana terlalu banyak dosa yang telah dilakukan,
Hinggakan hati menjadi keras,
Lalu menjadikan ia terhijab dari hidayahNya…

yaAllah,,, Tuhan yang memiliki hati dan jiwa ini,
Lembutkanlah hati ini,
Bersihkanlah ia dari noda dosa yang mengotorinya,
Agar ianya mudah untuk menerima cahaya hidayahMu yaAllah…
Allahumma amin...
AllahuRabbi…

Wednesday, 16 January 2013

Doa.......


اَللَّهُمَّ لاَتَدَعْ لَنَا فِيْ مَقَامِنَا هَذَا ذَنْبًا إلاَّ غَفَرْتَهُ
وَلَا هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ
وَلَا دَيْنًا إِلَّا قَضَيْتَهُ
وَلَا مَرِضاً إٍلَّا شَفَيْتَهُ
وَلَا فَقِيْرًا وَلَا مِسْكِيْنًا إِلَّا أَغْنَيْتَهُ
وَلَا جَاهِلاً إِلَّا عَلَّمْتَهُ
وَلَا عَدُوًّا إِلَّا خَذَلْتَهُ
وَلَا عَيْبًا إِلَّا سَتَرْتَهُ
وَلَا مَيِّتًا إِلَّا رَحِمْتَهُ
وَلَا حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ لَكَ فِيهَا رِضًى وَلَنَا فِيهَا صَلَاحٌ إِلَّا قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا
وَشْرَحْ صُدُورَنَا وَاخْتِمْ بِالصَّالِحَاتِ أَعْمَالَنَا يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ


Maksudnya:

Thursday, 20 December 2012

MUNAJAT AMIR AL-MUKMININ `ALI KARRAMALLAHU WAJHAH


Tuhanku, seandainya bukan kerana kebodohanku terhadap urusan diriku, tentu aku tidak akan mengadu kesalahanku kepadaMu. Seandainya bukan kerana mengenang dosa-dosaku, tentu air mataku tidak akan mengalir.

Tuhanku, hapuskanlah segala kesalahan yang melekat pada diriku dengan linangan air mataku ini. Hapuskanlah kejahatanku yang amat banyak dengan amal-amal kebajikanku yang sangat sedikit.
Tuhanku, dosa-dosaku telah menyebabkan aku tidak dapat mengajukan hujah dan memberi alasan. Aku mengakui setiap kesalahan dan kejahatanku. Aku ditawan dengan dosa-dosaku, diriku tergadai dengan perbuatan-perbuatanku sendiri.

Tuhanku, seandainya amalan taatku terlalu sedikit, maka pengharapanku atas limpah RahmatMu amatlah besar.

Tuhanku, apabila dosa-dosaku membuatkan aku berasa resah dan gelisah kerana tidak dapat merasai kelembutanMu yang Maha Indah, maka keyakinanku keatas kemuliaan belas kasihanMu telah menyenangkan hatiku.

Tuhanku, andai kata Engkau tidak memberi petunjuk kepadaku untuk mendapat nikmat islam, maka tidak mungkin aku mendapatkannya. Tuhanku, andai Engkau tidak melancarkan lidahku untuk berdoa kepadaMu, maka tidak mungkin aku berdoa kepadaMu, andai kata Engkau tidak kenalkan aku dengan kemanisan nikmatMu, maka sudah pasti aku tidak mengenalnya. Andai kata aku tidak menyedari keperitan balasan azabMu, maka tidak mungkin aku memohon perlindungan kepadaMu.

Tuhanku, Engkau telah menunjukkan kepadaku agar memohon syurga sebelum aku mengenalinya, lalu diriku terdorong untuk memohon syurga setelah mengetahui tentangnya. Bagaimana pula Engkau menunjukkan kepada perkara baik seperti itu kemudian Engkau menghalangnya daripadaku. Sedangkan Engkau Maha Mulia dan Maha Terpuji atas segala yang Engkau lakukan, wahai Zat yang Maha Agung lagi Maha Mulia.
BagiMu segala pujian atas segala perkara yang Engkau amanahkan, bagiMu kesyukuran atas segala perkara yang Engkau cubakan, wahai Zat yang terbaik dan termulia untuk diminta, wahai Zat yang terbaik dan termulia untuk diharap, wahai Tuhan yang penuh kasih dan besar pemberianNya, wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia, wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Mentadbir dengan sendirinya, wahai Tuhan yang memiliki segala makhluk dan urusan. Maha Mulia Engkau wahai sebaik-baik Pencipta, wahai yang Maha Penyantun, wahai yang Maha Kuasa, wahai yang Maha Mulia. Restuilah Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh keluarga Baginda yang teramat baik.

~ Rintihan kalbu

Thursday, 25 October 2012

DOA ARAFAH


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
yaAllah yaTuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami zahir dan batin.
yaAllah ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh ummat islam yang telah mati dan yang masih hidup.
yaAllah yaTuhan kami, kami memohon kepadaMu apa yang telah dipohonkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w., dan kami meminta perlindungan kepadaMu dari apa yang telah diminta perlindungan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
yaAllah yaTuhan kami, kami pohonkan syurga tanpa hisab, berilah taufiq dan hidayah kepada kami, supaya kami dapat melakukan sebab-sebab yang membawa kami kearahnya. Selamatkanlah kami yaAllah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
yaAllah yaTuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin, berilah kekuatan, taufiq dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami yaAllah.
Tambahkanlah yaAllah kepada kami, ilmu, iman, dan amal. Hidupkanlah kami dalam islam dan matikanlah kami dalam islam.
yaAllah yaTuhan kami, kami pohon kepada Engkau iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan di dunia ini dan di akhirat nanti.
yaAllah yaTuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala isi hati kami, segala yang berlaku di dalam hati kami, hidupkanlah hati ini dan sampaikanlah hati ini kepada Engkau. Sembuhkanlah segala penyakit yang ada dalam hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhi kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
yaAllah yaTuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhanan dan keagungan kerajaanMu, dan  hati yang menyedari akan masa depan kami di di akhirat nanti serta jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersedia menghadapi masa depan kami di akhirat nanti.
yaAllah, jadikanlah kami ini hambaMu yang hanya mengabdikan diri kepadaMu dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan taufiq dan hidayah kepada kami supaya dapat kami melakukan segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu.
yaAllah yaTuhan kami, hidupkanlah kami dalam iman dan matikanlah kami dalam iman, selamatkanlah iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir nanti.
yaAllah yaTuhan kami, selamatkanlah kami semasa kami berada dialam kubur, jadikanlah kubur kami satu taman dari taman-taman syurga, selamatkanlah kami dari segala angkara azab kubur dan janganlah Engkau jadikan kubur kami itu salah satu dari lubang-lubang neraka.
yaAllah yaTuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju ke mahsyar. Selamatkanlah kami yaAllah, semasa berada di padang mahsyar dan masukkanlah kami ke dalam tujuh golongan orang yang mendapat bayangan naungan arashMu yaAllah.
yaAllah ya tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan maafkanlah kesilapan kami yang zahir dan yang batin. Semasa dijalankan hisab keatas kami, hisablah kami yaAllah dengan hisab yang sedikit, berilah peluang kepada kami untuk mendapat syafaat Rasul kami Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
yaAllah yaTuhan kami, jadikanlah hambaMu ini hamba yang Berjaya dalam hidup dan berjaya menerima suratan amalan dengan tangan kanan.
yaAllah, berilah kesempatan kepada kami untuk minum air dari telaga Nabi kami, telaga kauthar, selamatkanlah kami semasa menyeberangi titian sirat dan masukkanlah kami kedalam syurgaMu bersama orang-orang yang mulia disisiMu yaAllah.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
yaAllah yaTuhan kami, pada saat dan ketika ini seorang hambaMu yang hina ini, mengaku akan segala dosa dan kesalahannya, yang merayu kepadaMu di atas kejahatannya, yang bertaubat kepadaMu kerana dosanya, yang memohon keampunan kepadaMu kerana kezalimannya, yang mengharap kemaafanMu kerana kesalahannya, yang merayu kepadaMu supaya tercapai segala hajatnya, yang mengharapkan limpahan RahmatMu pada hari wuquf ini yaAllah, walaupun dengan dosa yang begitu banyak laksana buih dilautan.
yaAllah, kepadaMu lah kami meletakkan segala harapan kami, kepadaMu lah kami memohon kemurahan Rahmat, kami takut kepada dosa yang telah kami lakukan, oleh itu, kepadaMu lah kami berlindung dari bencana dosa kami.
yaAllah yaTuhan kami, Engkaulah yang memiliki seluruh hajat orang-orang yang memohon, yang mengetahui seluruh kandungan hati orang-orang yang merayu, janganlah Engkau hampakan kami yaAllah. yaAllah yaTuhan kami, perkenankanlah permohonan kami ini, mustajabkanlah doa kami ini yaAllah, dengan berkat Rasul kami Nabi Muhammad s.a.w. dan dengan berkat amalan kami yang paling ikhlas kepadaMu yaAllah.
yaAllah, ampuni dosa-dosa kami, bersihkan kami dari segala dosa seperti bayi yang baru dilahirkan, alangkah indahnya jika Engkau memilih kami seperti yang sedemikian.
yaAllah, sesungguhnya Engkau mengetahui betapa sengsaranya diri kami dengan lumuran dosa-dosa kami, betapa hinanya diri kami dengan maksiat, bersihkanlah kami yaAllah, bersihkanlah dosa kami yaAllah, ampuni dosa kami kepada orang tua kami, kepada keluarga kami yaAllah. Ampunilah kami yaAllah jika disekitar sekujur badan kami ini ada yang lahir dari sumber yang haram, padahal Engkau mengharamkan syurga bagi tubuh yang dagingnya tumbuh dari sumber yang haram, ampunilah kami yaAllah. Berikanlah kesempatan untuk kami mensucikan diri kami  dan jauhkanlah kami sejauh-jauhnya dari harta yang haram. Cukuplah diri kami dari rezekiMu yang halal.
yaAllah, ampunilah kami dengan sebab kezaliman kami, periharalah kami dari kezaliman  yaAllah.
yaAllah, duhai yang Maha Mendengar, hanya Engkaulah tumpuan dan harapan kami, jadikanlah kaum muslimin ini menjadi suami yang benar, ayah yang jujur, lelaki yang soleh, dan jadikanlah kaum muslimah ini isteri yang solehah, ibu yang solehah, dan muslimah yang terpelihara. Kurniakanlah kepada kami keturunan yang baik-baik dan lindungilah kami dari kederhakaan dan kehinaan dunia dan akhirat.
yaAllah, berkatilah sisa umur kami, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami, dan berkatilah ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami.
yaAllah, selamatkanlah islam yaAllah, selamatkanlah islam yaAllah, janganlah Engkau saksikan kami terhina seperti ini yaAllah, Engkau satukanlah hati-hati kami yaAllah, bangkitkanlah para pemimpin yang mencintaiMu dan mencintai hambaMu dalam kalangan kami ini yaAllah.
Tolong dan bantulah saudara-saudara kami yang terinaya di setiap penjuru yaAllah, janglah Engkau biarkan kaum yang zalim berjaya diatas kaum yang beriman yaAllah, janganlah Engkau biarkan kaum yang ingkar kepadaMu menzalimi kaum yang bersujud kepadaMu yaAllah. Bantulah saudara kami pejuang-pejuang islam dan ummat di palestin, dan seluruh pejuang agamaMu. yaAllah mereka dalam genggamanMu yaAllah, yaAllah, cegahlah kezaliman keatas umatMu yaAllah.
yaAllah yang Maha Agung, undanglah kami, keluarka kami dan keturunan kami dan orang-orang yang berbuat baik kepada kami kepadaMu yaAllah. Izinkanlah kami kelak untuk bertemu denganMu yaAllah, bertemu dengan kekasih kami, Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dan bertemu degan kekasih-kekasihMu yaAllah.
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَة ً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikkan di dunia dan juga kebaikkan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Selawat dan salam keatas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan semua sahabat Baginda. Maha Suci Engkau yaAllah, Tuhanku yang mempunyai kemuliaan daripada apa yang mereka sifatkan, Selamat Sejahtera ke atas seluruh para utusan dan segala puji adalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian Alam.
Aminnn…..

Wednesday, 24 October 2012

Keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah


Darul Murtadza

TAHAJJUD DAN QIAMMULLAIL


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


 Firman Allah;
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا ﴿٧٨﴾وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩﴾
Maksudnya: (78) Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (79) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Surah al-Isra’: 78-79)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai solat yang paling utama sesudah solat fardhu, Rasulullah s.a.w. bersabda; “solat sunat malam hari”.
(Hadith riwayat Muslim)

Thursday, 27 September 2012

.......


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ianya semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mulai menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.
Begitulah juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah ia manusia biasa. Kerana apabila sekali ia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,  yang pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah?. Cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain?. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya; apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga akan menyesal.

Sayangilah sepenuh hatimu, terimalah seadanya, hargailah selagi ada, agar kelak dirimu tidak dirundung penyesalan, atas apa yang berlaku.
Wallaua’lam…..
Edited from: jika...

Saturday, 22 September 2012

.......

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya.”
AllahuRabbi..