"Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
Friday, 22 November 2013
Tuesday, 22 October 2013
Syair....
Syair ini telah membuatkan
al-Imam Ahmad Bin Hanbal (r.a.) menangis apabila mendengar dua bait pertama
dari syair ini. Al-Imam Ahmad bin Hanbal (r.a.) telah ditanya muridnya, Abu
Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan
syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya ”Seperti apa? Contohnya?” lalu muridnya
mendendangkan syair ini. Selesai dua rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis
teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat
sambil mengulang-ulang dua rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: “kami
mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.” Moga ianya memberi
kesedaran dan keinsafan kepada kita. AllahuRabbi…
Jika
Tuhan bertanya pada ku…
“Tidak
malukah kau bermaksiat kepadaKu?
Kau
sembunyikan dosamu dari makhlukKu
Dan
datang kepadaKu dengan penuh dosa.”
Bagaimanakah
akan ku jawab duhai diriku yang malang?
Dan
siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku
terus menyogok jiwaku dengan impian
Dan
harapan dari masa ke semasa
Dan
aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
Dan
apa yang berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah
aku ini dijamin untuk hidup selamanya…
Seakan
mati tidak akan menemuiku
Dan
telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri
Nah…!
Siapa sekarang yang mampu melindungku?
Aku
melihat pada wajah-wajah…
Apakah
ada daripada mereka yang akan menebusku?
Aku
disoal,
“Apa
yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini?”
Maka
bagaimana akan aku jawab?
Setelah
aku mengabaikan urusan agamaku?
Celaka
aku! Apakah aku tidak mendengar
Ayat-ayat
Allah yang menyeruku?
Adakah
aku tidak mendengar apa yang telah diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?
Adakah
aku tidak mendengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan
hari-hari ad-Deen (qiyamah)?
Adakah
aku tidak mendengar panggilan ajal maut, Menyeru dan menjemputku?
Maka
yaRabb! Seorang hambaMu datang bertaubat,
Siapa
yang dapat melindunginya?
Melainkan
Tuhan yang maha luas pengampunanNya
Dan
yang membimbingku pada kebenaran…
Aku
telah datang padaMu,
Maka
kasihanilah daku dan beratkanlah timbangan kebaikanku
Dan
ringankanlah (percepatkanlah) hisabku
Kerana
Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban…
Credit: Mujahid Nordin, Abdul Basith, HADRAH ZIKIR
Tuesday, 8 October 2013
Doa.......
Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam. Pujian yang memenuhi nikamat-nikmatNya dan sejajar
dengan kurnia tambahanNya. Wahai Tuhan kami, bagiMu lah segala pujian
sebagaimana selayaknya bagi keagungan zatMu dan kebesaran kekuasaanMu. YaAllah,
cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan
ke atas ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabatnya sekalian.
YaAllah, dengan
berkat surat Yaasin, dan berkat al-Quran yang penuh hikmah, dan dengan berkat
orang yang Engkau pilih membawa risalah kenabian, kewalian dan membawa hidayah
ke jalanMu yang lurus, dan dengan berkat segala yang dibawa oleh Jibril
daripadaMu, kitab yang diturunkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha
Penyayang, dan dengan berkat khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna,
dan dengan apa yang Engkau zahirkan dalam kewujudan ini bagi segala yang ada,
yang berupa keterangan-keterangan yang nyata.
Dengan kehalusanMu,
kelembutanMu yang meleraikan setiap yang gundah gulana, yang membebaskan setiap
yang terpenjara.
Wahai Tuhan yang mengalirkan
lautan dan mata air, wahai Tuhan yang khazanahNya di antara huruf kaf dan nun
(kun) dan yang mengetahui apa yang telah ada sebelum terjadi akan ia. Kami
pohonkan kepadaMu yaAllah agar Engkau lorongkan kepada kami habuan dari restuMu.
Jadikanlah kami orang yang layak dan tempat untuk menerima kebahagiaan dan
kekayaan yang Engkau kurniakan. Engkau mudahkanlah bagi kami untuk memperolehi
segala hajat dan permintaan kami. Dan Engkau jadikanlah setiap kami di kalangan
hamba-hambaMu pada setiap keadaan sebagai orang yang menang dan berjaya, dan
janganlah Engkau jadikan kami berhajat kepada sesiapa pun dari kalangan makhlukMu
dalam soal rezeki kami. Engkau ikatkanlah lidah-lidah orang mempertuturkan
tentang keburukkan kami. Engkau iringkanlah segala pergerakkan kami dengan
mendapat taufiqMu. Jadikanlah keredhaanMu kepada kami sebaik-baik teman dan
pendamping bagi kami. Anugerahkanlah kami dengan sifat kemuliaan dan kehebatan,
dan kurniakan kepada kami dengan perkenan yang segera.
YaAllah, sahutilah
doa kami, jadikanlah harapan kami terhadapMu menjadi kenyataan dan masukkan
kami ke dalam benteng anugerahMu yang kukuh, dengan rahsia firmanMu: “Sesungguhnya
urusan-Nya apabila Dia menghendaki hanyalah dengan Dia berfirman kepadanya,
jadilah, maka jadilah”.
Maha Suci Tuhan yang
ditanganNya kekuasaan segala sesuatu, dan kepadaNya kamu dikembalikan.
Maha Suci Tuhan yang
melepaskan setiap yang terbelenggu hutang,
Maha Suci Tuhan yang
melepaskan setiap yang menanggung kesusahan,
Maha Suci Tuhan yang
urusanNya di antara huruf “Kaf” dan “Nun”.
Maha Suci Tuhan yang
apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan kepadanya;
“jadi” lalu jadilah.
Wahai Tuhan
melepaskan dukacita, lepaskanlah.
Wahai Tuhan
melepaskan dukacita, lepaskanlah.
Wahai Tuhan
melepaskan dukacita, lepaskanlah daripada kami dukacita, kesusahan dan masalah
kami.
Wahai Tuhan yang Maha
hidup dan berdiri dengan sendiri.
Semoga Allah
mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Baginda Nabi Muhammad s.a.w.,
para ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Dan segala puji bagi
Allah Tuhan sekalian alam.
Thursday, 13 June 2013
Doa Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه
Telah berkata Al-Habib Ahmad bin
Hasan al-‘Atthas رضي الله عنه : Asy-Syeikh ‘Abdul Qaadir al-Jailani رضي الله عنه menyebut di dalam
al-Ghunyah: Bahwasanya Sayyidina al-Imam ‘Ali bin Abi Tholib كرم الله وجهه adalah beliau meluangkan waktunya (yakni memberi penumpuan yang
lebih) untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, iaitu: malam pertama bulan
Rajab, malam 2 hari raya, dan malam Nishfu Sya’ban, dan adalah daripada doanya
beliau pada malam tersebut:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَآلِهِ مَصَابِيْحِ الْحِكْمَةِ، وَمَوَالِيْ النِّعْمَةِ، وَمَعَادِنِ العِصْمَةِ،
وَاعْصِمْنِيْ بِهِمْ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ عَلَى غِرَّةٍ، وَلاَ
عَلَى غَفْلَةٍ، وَلاَ تَجْعَلْ عَوَاقِبَ أَمْرِيْ حَسْرَةً وَنَدَامَةً، وَارْضَ
عَنِّيْ؛ فَإِنَّ مَغْفِرَتَكَ لِلظَّالِمِيْنَ، وَأَنَا مِنَ الظَّالِمِيْنَ.
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke
atas Penghulu Kami Muhammad dan keluarga Baginda, lentera-lentera (sumber cahaya) hikmah,
pemberi nikmah dan sumber perlindungan. Lindungilah aku dari keburukan dengan
berkat mereka. Janganlah Engkau ambil aku ketika aku sedang tertipu dan lalai,
janganlah Engkau jadikan akhir segala urusanku kerugian dan penyesalan.
Redhailah aku, kerana sesungguhnya keampunnanMu bagi orang-orang yang zalim dan
aku tergolong dari kalangan orang yang berbuat zalim.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا لاَ يَضُرُّكَ،
وَأَعْطِنِيْ مَا لاَ يَنْفَعُكَ، فَإِنَّكَ الوَاسِعَةُ رَحْمَتُهُ، اَلْبَدِيْعَةُ
حِكْمَتُهُ، فَأَعْطِنِيْ السَّعَةَ وَالدَّعَةَ، وَالأَمْنَ وَالصِّحَّةَ، وَالشُّكْرَ
وَالمُعَافَاةَ وَالتَّقْوَى، وَأَفْرِغِ الصَّبْرَ وَالصِّدْقَ عَلَيَّ وَعَلَى أَوْلِيآئِيْ
فِيْكَ، وَأَعْطِنِيْ اليُسْرَ، وَلاَ تَجْعَلْ مَعَهُ العُسْرَ، وَأَعْمِمْ بَذَلِكَ
أَهْلِيْ وَوَلَدِيْ وَإِخْوَانِيْ فِيْكَ، وَمَنْ وَلَدَنِيْ، مِنَ المُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ. اهـ.
Ya Allah, kurniakanlah keampunan
bagiku kerana hal itu tidak memudharatkanMu, dan berilah aku apa yang tidak
bermanfaat bagiMu, kerana sesungguhnya Engkau memiliki rahmat yang sangat luas
dan hikmah yang menakjubkan. Maka berilah aku keluasan (rezeki), kelembutan,
keselamatan, kesihatan, rasa syukur, ‘afiat dan taqwa. Dan berilah aku
kesabaran dan sikap siddiq (jujur), juga kepada teman-temanku di jalanMu. (Ya
Allah) berilah kepadaku kemudahan, dan jangan Engkau jadikan bersamanya
kesusahan, begitu juga kepada keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku di
jalanMu serta orang-orang yang melahirkan aku, dari kalangan kaum muslimin dan
muslimat, mukminin dan mukminat.
Thursday, 21 March 2013
Nasihat Untuk Para Pendakwah
“Apabila mengenang akan nikmat yang
dikurniakan Allah kepada kita dalam kerja dakwah ini, berapa ramai yang sudah
mendapat petunjuk asbab dakwah kita, berapa ramai yang sudah bertaubat dan
kembali kepada jalanNya, sudah pasti kita akan berasa sangat gembira (Alhamdulillah,
moga Allah menerima segala amalan kita). Kerana apabila Allah menerima kita,
akan datang di akhirat kelak lembaran-lembaran nama yang sangat banyak kerana
dakwah kita. Tetapi kita lupa, bahawasanya disana juga ada kemungkinan yang
lain, iaitu bangkitnya bersama lembaran tadi adalah lembaran nama yang lain yakni
lembaran ini dipenuhi pula dengan nama mereka yang berpaling dari Allah asbab
dari diri kita. Kerana tingkah laku yang buruk dari seorang pendakwah atau
ustaz ketika berhadapan dengan seseorang, menyebabkan seseorang ini membenci
untuk memahami agama. Atau menunjukkan contoh akhlak yang berbeza dengan akhlak
Rasulullah menyebabkan seseorang itu membenci untuk memahami agama. Atau tidak
tahu cara memahami kehendak atau permasalahan atau fanatik dengan satu aliran
pandangan yang mengikut hawa nafsu. Serta memandang seseorang itu dengan
pandangan yang hina.”
wallahu`alam...
al-Habib A'li al-Jufri
Subscribe to:
Posts (Atom)

