“Apabila mengenang akan nikmat yang
dikurniakan Allah kepada kita dalam kerja dakwah ini, berapa ramai yang sudah
mendapat petunjuk asbab dakwah kita, berapa ramai yang sudah bertaubat dan
kembali kepada jalanNya, sudah pasti kita akan berasa sangat gembira (Alhamdulillah,
moga Allah menerima segala amalan kita). Kerana apabila Allah menerima kita,
akan datang di akhirat kelak lembaran-lembaran nama yang sangat banyak kerana
dakwah kita. Tetapi kita lupa, bahawasanya disana juga ada kemungkinan yang
lain, iaitu bangkitnya bersama lembaran tadi adalah lembaran nama yang lain yakni
lembaran ini dipenuhi pula dengan nama mereka yang berpaling dari Allah asbab
dari diri kita. Kerana tingkah laku yang buruk dari seorang pendakwah atau
ustaz ketika berhadapan dengan seseorang, menyebabkan seseorang ini membenci
untuk memahami agama. Atau menunjukkan contoh akhlak yang berbeza dengan akhlak
Rasulullah menyebabkan seseorang itu membenci untuk memahami agama. Atau tidak
tahu cara memahami kehendak atau permasalahan atau fanatik dengan satu aliran
pandangan yang mengikut hawa nafsu. Serta memandang seseorang itu dengan
pandangan yang hina.”
wallahu`alam...
al-Habib A'li al-Jufri
No comments:
Post a Comment