Pages

Saturday 28 April 2012

RAKAMAN : TAUSHIYAH AL-HABIB `ALI ZAINAL `ABIDIN AL-JIFRI حفظه الله تعالى DI MALAYSIA


^ Tazkirah Jum`at
Hari & Tarikh : Jum`at, 06/04/2012 
Tempat : Masjid SHAS, UIAM Gombak, Malaysia.

^ Majlis Perbincangan 
"Globalization Challanges for Knowledge Seekers" 
Hari & Tarikh : Sabtu, 07/04/2012 
Tempat : Masjid SHAS, UIAM Gombak, Malaysia.

^ Maulid Perdana Yayasan Sofa 
Hari & Tarikh : Ahad, 08/04/2012 
Tempat : Masjid Besi, Putrajaya, Malaysia.

^ Majlis Maulidur Rasul ﷺ
Hari & Tarikh : Selasa, 10/04/2012 
Tempat : Masjid Darul Ehsan, Tamar TAR, Ampang, Malaysia.

Kesemua Taushiyah beliau telah diterjemahkan oleh 
al-Habib `Ali Zainal `Abidin ibn Abu Bakr al-Hamid حفظه الله تعالى

Wednesday 25 April 2012

Kejujuran dan Kesungguhan.....(2/2)


Maksud kejujuran kita dengan ALLAH S.W.T. adalah dengan memaksimakan erti dan maksud tauhid, hubungan kita mengEsakan ALLAH S.W.T., tiada Tuhan selain ALLAH, dan tiada yang berhak disembah kecuali ALLAH S.W.T.. Dengan demikian seseorang naik dengan keimanannya itu melalui kejujuran yang dilakukannya kepada kesempurnaan iman, kesempurnaan ehsan sehingga tidak ada di dalam hatinya itu untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri atau untuk meraih kedudukan manusia atupun mengharapkan pujian orang lain dalam muamalah dia kepada ALLAH S.W.T.
Maksud kejujuran kita dengan hawa nafsu kita adalah mencari kekurangan yang ada dalam nafsu dan jiwa kita dengan mencari ubat untuk membersihkan aib dan kekurangan yang ada pada diri kita. Erti kejujuran kepada hawa nafsu adalah mencari sebab untuk membersihkannya daripada kekurangan-kekurangannya di dalam muamalah kita dengan sesiapa sahaja sehingga dapat mengawal hawa nafsu itu berpindah daripada “al-lawwamah” atau “amarah” (suka kepada keburukan) kepada nafsu yang dapat menegur kepada diri sendiri, mengenali diri sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan mendekatkan dirinya kepada ALLAH S.W.T. Bagaimana anda boleh membenarkan perbuatan dusta yang anda lakukan itu dengan sebab-sebab untuk membenarkan perbuatan diri anda sendiri?. Kadang-kadang seseorang itu berdusta, dengan mengatakan “Maksud saya bukan untuk berdusta tetapi ada maksud-maksud yang baik”. Dengan maksud-maksud yang baik, dia telah melakukan perbuatan yang tidak baik, ini boleh di katakan anda tidak berdusta dengan orang lain tetapi anda berdusta dengan diri anda sendiri. Untuk mengenal pasti kejujuran dan kesungguhan yang ada di dalam diri kita ini adalah dengan melihat dengan pandangan yang jauh untuk menilai apakah yang telah ALLAH minta kepada kita sebagai hamba kepadanya...?? Apakah yang telah kita tegakkan daripada apa yang ALLAH minta kepada kita dalam kehidupan kita dan sekeliling kita...?? Contoh daripada sifat kejujuran dan kesungguhan kepada keadaan yang di tetapkan oleh ALLAH seperti keberadaan anda di dalam masjid ini, dalam saat ini, di “rumah” ALLAH, mendengarkan taushiyah, untuk menuggu solat jumaat, adakah keadaan yang ada dalam diri anda itu bersesuaian dengan apa yang diminta oleh ALLAH kepada anda untuk berada dalam keadaan yang di kehendaki oleh ALLAH kepada anda...? Contoh yang lain adalah ALLAH telah memilih kepada anda semua sebagai pelajar di sini juga mempunyai hubung kait yang erat dengan kejujuran dan kesungguhan yang ada dalam diri anda dalam bentuk dan gambaran yang mana ALLAH telah menjadika anda pelajar, adakah anda benar-benar mempunyai gambaran sepertimana yang ALLAH telah tetapkan kepada anda sebagai pelajar dengan apa yang dikehendaki oleh ALLAH kepada anda sebagai pelajar dengan menjaga waktu dan sebagainya...??
Maksud kejujuran yang ketiga iaitu kejujuran dan kesungguhan antara kita dengan makluk-makluk ALLAH adalah mempunyai hubung kait yang erat dengan dua kejujuran dan kesungguhan yang sebelumnya. Bilamana didapati mudah bagi kita untuk berdusta sesama manusia, maka sifar berdusta sesama manusia ini membawa kita kepada tidak jujur dalam muamalah kita dengan ALLAH dan muamalah kita dengan hawa nafsu kerana kita mudah berdusta kepada orang lain. “Pada suatu ketika, seorang yang mahir dalam membuat ukiran dari kayu di negeri syam (moga ALLAH mengangkat musibah yang berlaku di negeri itu) sangat gembira kerana pelanggannya suka akan keindahan ukirannya, namun apabila ada seseorang pembeli datang kepadanya untuk membeli ukirannya tiba-tiba si pengukir tadi terlihat akan kecacatan dari ukirannya itu dan tidak mahu menjualkannya kepada si pembeli, si pembeli tetap ingin membeli dengan mengatakan bahawa dia redha dan bersetuju dengan kecacatan yang ada dari ukiran tersebut, namun si pengukir tadi mengatakan bahawa `saya menjual barang yang ada kecacatannya ini sedang ALLAH mengurniakan kepada saya kepakaran dalam membuat yang lebih indah dan sempurna lagi bermakna saya tidak menghargai dan bersyukur dengan kepakaran yang ALLAH kurniakan kepada saya kerana menjual barang yang saya mengetahui kecacatannya dan saya khuatir kepakaran saya ini akan di tarik balik oleh ALLAH S.W.T.’ ”.
Saya akhiri dengan mengingatkan kepada diri saya sendiri dan hadirin hadhirat sekalian untuk mencari objektif daripada kejujuran dan kesungguhan yang ada di dalam diri kita, bukan dengan lisan sahaja tetapi juga dengan keadaan dan perbuatan, adakah segala perbuatan kita melalui lisan dan anggota tubuh bada kita lahir daripada sifat kejujuran dan kesungguhan yang diminta oleh ALLAH S.W.T. atau tidak.

Kalam dari Guru Mulia Al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman Al-Jifri حفظهالله تعالى
Translate by: Guru Mulia Al-Habib `Ali Zaenal `Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid  حفظهالله تعالى
Rewrite by: alfaqir-ilallahiazzawajalla / hamba yang Esa

Tuesday 24 April 2012

Kejujuran dan Kesungguhan.....(1/2)


            Asas kepada berdiri dan tegaknya iman untuk meraih keredhaan dari ALLAH S.W.T. serta kekuatan dan kemantapan iman adalah berpunca daripada ketinggian sifat kesungguhan dan kejujuran seseorang itu kepada ALLAH S.W.T.. Baik di dalam solat, puasa, sedekah, jihad dan segala urusan yang bersangkutan kepada urusan hati serta perbuatan tubuh badan kita. Bilamana di dapati kesungguhan dan kejujuran di dalam ibadah kita itu, maka akan didapati perkara iman, ibadah, interaksi dengan masyarakat akan semakin tinggi dengan ketinggian, kejujuran dan kesungguhan kita. Dan bilamana sifat kejujuran dan kesungguhan ini berkurang atau tidak ada lagi dalam diri kita, maka ianya akan menjadi kekeliruan serta kecelaruan di dalam iman, ibadah, dan di dalam interaksi bersama masyarakat.
            Dapat dimulai dalam meraih kejujuran dan kesungguhan di dalam hubungan kita dengan ALLAH S.W.T. adalah dengan memperbaiki niat kita di dalam bermuamalah kepada ALLAH. Oleh kerana yang demikian, kita mendengar hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W.: “Sesungguhnya setiap amalan perbuatan itu dinilai dengan niatnya dan sesungguhnya niat seseorang itu akan diganjar oleh ALLAH S.W.T.”. Di dalam hadith yang lain, Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda: “Mungkin saja kamu melihat seseorang yang terbunuh di antara dua soff(barisan) yang sedang berperang, ALLAH S.W.T. sahaja yang mengetahui akan niat orang itu”. Cuba direnung bersama hadith tadi, seorang yang terbunuh diantara dua soff(barisan) yang sedang berperang yakni seorang yang terbunuh itu mengorbankan perkara yang amat berharga kepada dirinya iaitu nyawanya kehidupannya, tetapi walau setinggi manapun nilai yang dikorbankan olehnya, ALLAH tetap akan menilai akan niat orang tersebut. Apa yang lebih berharga yang boleh dikorbankan oleh seseorang lebih daripada ketinggian pengorbanan nyawanya sendiri?. Walaupun demikian, masih terkait pengorbanan yang begitu hebat itu bergantung kepada niat orang itu. Mengapa hal ini di jelaskan sejelas ini?. Perkara itu menyentuh kepada diri manusia itu sendiri. Kisah daripada awalnya itu iaitu firman ALLAH S.W.T. kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku (ALLAH) hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. ALLAH menciptakan Nabi Adam, ditempatkan oleh ALLAH di syurga sementara, dihalalkan oleh ALLAH untuknya segala apa yang ada di dalam syurga, kecuali satu pokok sahaja. Walaupun demikian, Nabi Adam terlupa dan memakan buah daripada pokok yang dilarang untuk didekati itu, dan setelah itu, turunlah Nabi Adam daripada syurga ke bumi.

Monday 23 April 2012

Warkah Buat Saudaraku.....

"Peliharalah urusanmu daripada dipengaruhi hawa nafsu dan kemarahan yang tidak terkawal. Apabila kamu berhadapan dengan dua urusa serentak antara kepentingan akhirat dan untuk dunia, maka pilihlah urusan akhirat berbanding urusan keduniaan. Akhirat akan kekal abadi dan dunia akan musnah. Hendakalah kamu menjadi seorang yang takutkan ALLAH S.W.T. dengan penuh waspada".

AllahuRabbi....

Saturday 21 April 2012

Muhasabah dari Musibah Bencana

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Pujian bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam, pujian bagi ALLAH yang menyeru kita ke ruangan limpahNya, yang mendorong kita dengan ihsanNya, kemurahanNya serta anugerahNya, puji-pujian yang menyempurnakan dan menambahkan nikmat-nikmatnya, kepada Engkaulah puji-pujian yang selayaknya dengan keagungan dan kebesaran kekuasaanMu,  selawat dan salam keatas junjungan kita, Saidina waMaulana Muhammad Rasulillah  S.A.W., dan para junjungan. ALLAH humma Wahid, Tuhan yang telah menjadikan selawat keatas Saidina waMaulana Muhammad S.A.W. sebagai amalan yang paling mentaqarrubkan diri kepadaNya. Maka sesungguhnya hamba bertaqarrub kepadaMu dengan seluruh selawat yang telah diselawatkan keatas Baginda S.A.W. sejak mula ciptaan, sehingga segala kesempurnaan yang tiada penghujungnya. ALLAHhumma kurniakanlah selawat keatas junjungan kami Saidina waMaulana Muhammad S.A.W. dan keatas ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Selawat yang membuka bagi kami pintu-pintu keredhaan dan kemudahan. Dengannya Engkau menutup dari kami segala pintu-pintu kejahatan dan kepayahan. Dengannya Engkau menjadikan kepada kami sebagai pembela dan penolong. Engkaulah yaALLAH, pembela kami, Engkaulah Tuhan kami, Engkaulah sebaik-baik Tuhan, dan sebaik-baik pembela.
Manusia diuji dengan berbagai musibah dari bencana alam oleh ALLAH S.W.T. seperti gempa bumi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan sebagainya. Namun disebalik terjadinya semua ini, manusia harus sedar akan hikmah disebalik terjadinya musibah ini kerana ALLAH secara jelas tidak akan berlaku zalim dan menginaya terhadap hambanya dengan sifat `Adilnya ALLAH.

Friday 20 April 2012

Kasih dan Sayang....

"YaALLAH yaTuhanku, kurniakan kepada ku rasa Kasih dan Sayang kepadaMu yaALLAH, dan rasa kasih dan sayang kepada sesiapa yang Kasih dan Sayang kepadaMu yaALLAH, dan jadikanlah aku kasih kepadaMu terlebih kasih daripada air sejuk ketika aku dalam keadaan kehausan dan kepanasan..."
ALLAHuRabbi....

Wednesday 18 April 2012

Warkah Buat Saudaraku.....

"Janganlah kamu meluputkan peluang atau masa kamu di dunia pada malam dan siangnya daripada membasahi lidahmu dengan zikir kepada ALLAH S.W.T., bertasbih, bertahlil dan meninggikan nama ALLAH S.W.T. serta berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. Nabi yang membawa Rahmat dan pimpinan yang memberi Petunjuk".
ALLAHuRabbi......
;(

Monday 16 April 2012

Seseorang Berkata......

Seseorang berkata:
"Bawalah hatimu kepada Sang Pencipta,
Pasti dirimu akan merasai ketenangan.
Bawalah hatimu kepada Rabbi,
Pasti engkau temui jalan penyelesaian.
Bawalah hatimu kepada Maha Penyayang,
Pasti hatimu akan celik dari kegagalan.
Bawalah

MyLove

My Love for You is not of this earth, but of the Heavens, Yet I know it's not possible, because Heaven is greater, And the greatest of all Heavens, is the one with You in it, For Heaven will not feel heavenly without You, my Love...
ALLAHuRabbi...

MAULID RASUL WITH HABIB ALI AL-JIFFRI @ PUTRAJAYA

MAULID RASUL WITH HABIB ALI AL-JIFFRI @ PUTRAJAYA


مَرحَباً مَرحَباً يَانُورَ عَينِي
مَرحَباً مَرحَباً جَدَّ الْحُسَينِ
-------------------------------
رَبِّ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ يَا اَللهْ
بِبَرْكَةِ الهَادِي مُحَمَّدْ يَا اَللهْ


Credit: Muhibbishah

Saturday 14 April 2012

Habib Ali Al-Jifri - Maulid Perdana Yayasan Sofa Masjid Besi Putrajaya

Hayatilah, mutiara berharga dari seorang Ahlul Bait, Habibuna, Habib Ali Zain al-Abidin Al-Jifri, moga Allah membersihkan jiwa dan hati-hati kita serta digerakkan hati-hati kita untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya...ALLAHuRabbi...


credit: alhabibalitv

Monday 9 April 2012

Untuk Diriku, Dirinya dan Semua...

Walaupun tajuknya "Pernikahan", namun bagi diri ini, ianya mengajar lebih dari itu... SubahanALLAH...
ALLAHuRabbi...



credit: http://www.youtube.com/watch?v=GoOxJunbNNA / Tommy32948's channel / AbuMasyahur production / Al-Muttaqin TV

Keharmonian atau Perselisihan, Penyatuan atau Perpecahan...-3-

..........
Apabila seseorang itu serius dalam menewaskan hawa nafsunya, dalam menyinari hatinya dengan sinaran zikir pada ALLAH Ta`ala, maka timbullah dalam dirinya hawa nafsu yang lain, yang menepati perintah ALLAH Ta`ala. Apabila telah wujud dalam diri manusia satu perkara, ianya adalah hawa yang bertepatan dengan kehendak ALLAH, ALLAH akan memperlihatkan kapada hambaNya daripada tanda-tanda kemulian dan kebesaranNya. ALLAH Ta`ala akan segera menunaikan kehendak hambaNya ini. Berkata Saidatina Aisyah kepada Rasulullah S.A.W.: “Wahai Rasulullah!, aku tidak mengenali Tuhanmu melainkan Dia segera mengurniakan kehendakmu. Apabila kamu berkehendaki sesuatu pasti Dia akan mengurniakannya”. “Sesungguhnya Kami melihatmu (Nabi Muhammad) berpaling ke langit, maka Kami memalingkan kiblat kearah yang kamu sukai”. Kiblah yang kita mengadap kepadanya ketika bersembahyang iaitu ka`abah adalah disebabkan keranamu (Muhammad S.A.W.). “Aku telah mensyariatkan kepada seluruh makhluk untuk mereka bersolat menghadap kearah Baitul Maqdis. Akan tetapi aku telah melihat hati kamu lebih cenderung dan kehendakmu lebih kearah ka`abah. Maka Aku jadikan kiblat iaitu iaitu syariat kepada manusia bertukar, maka ia telah bertukar secara keseluruhannya disebabkan kerana keredhaanmu wahai kekasihKu”. “Maka Kami memalingkan kiblat kearah yang kamu sukai”.
Dan telah disebutkan dalam sebahagian kitab-kitab yang diturunkan: “Hambaku, Sesungguhnya Aku ALLAH. Aku berkata apabila hendak menjadikan sesuatu: Jadi..! Maka ia akan terjadi”. “Maka hamba itu menataati Aku, maka Aku menjadikan apa yang dia kehendaki”. Kita dapati dari hadith Rasulullah S.A.W.: “Seumpama seorang yang rambutnya ditiup debu. Apabila dia hendak bertamu, ditolaknya. Apabila meminta tidak diberikan. Apabila bertunang tidak dikahwinkan. Apabila memohon bantuan tidak diberikan. Iaitu dia tidak diterima dikalangan manusia. Jika bersumpah dengan ALLAH, ALLAH akan memperkenankannya”. Jika dia berkata: “Ya ALLAH, aku memohon dariMu untuk melakukan sedemikian, ALLAH akan menunaikannya”.

Sunday 8 April 2012

Keharmonian atau Perselisihan, Penyatuan atau Perpecahan...-2-

..........
Adakah kamu mengingati suatu hari kamu pernah marah sehingga sampai kepada percakapan yang kamu kesal dengannya selepas keadaan reda?. Banyak sekali. “Seseorang telah datang kepada seorang guru berkata, (moga ALLAH melindungi kita dari itu): “Aku telah ceraikan satu demi satu talaknya.” Pada talak yang kedua, sebelum yang ketiganya, aku dalam kemarahan. Adakah dikira sebagai satu talak dengannya?. Guru tertawa.” Manusia bercerai secara tidak sengaja dan marah. Setelah keadaan mejadi reda kamu rasa menyesal dengan kesalahan yang kamu lakukan ini. Ketika kamu tenang dan akan mampu membuahkan fikiran, kamu rasakan tindakan yang dilakukan ketika marah bukanlah suatu yang baik. Dimanakah perasaan ini ketika marah sedangkan sifat marah adalah satu dari nafsu?.
Hawa nafsu jika menguasai manusia, ianya menghilangkan kuasa pertimbangan dari akalnya. Oleh itu, ALLAH berfirman: “Ataupun dia mengambil hawa nafsu sebagai Tuhannya”. ALLAH menjadikannya sesat di dalam ilmu. ALLAH menyesatkan di dalam ilmu. Dia menjadikan kesesatan, bukannya disebabkan kejahilan tetapi dengan ilmu. Tetapi hawa nafsu adalah pemabuk yang mengatasi kemabukkan arak apabila ia memabukkan akal. Apakah kamu mengingati sesuatu hari kamu berkata-kata secara tidak sengaja, apabila kamu sedar, kamu beristighfar pada ALLAH “Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam”. “Aku tidak tahu bagaimanakah perkataan sebegini keluar dariku. Aku sepatutnya tidak berkata begitu”. Di manakah fikiran ini yang kamu berfikir dengannya pada waktu kamu marah?.

Saturday 7 April 2012

Keharmonian atau Perselisihan, Penyatuan atau Perpecahan...-1-

Petikan Dari Video -Pernikahan- oleh Habib Ali Al-Jifri..
Namun, ianya bukan sekadar itu, muhasabahlah diri...
ALLAHuRabbi...


Pujian bagi ALLAH yang menyeru kita ke ruangan limpahNya, yang mendorong kita dengan ihsanNya, kemurahanNya serta anugerahNya. Menyeru kita untuk hadir ke majlis yang diredhaiNya. Dengan izin ALLAH, perbincangan ini akan menceritakan tentang perjalanan siang dan malam. Serta apa yang berlaku padanya daripada keharmonian atau perselisihan. Daripada penyatuan ataupun perpecahan. Semua manusia, beriman atau tidak, yang beristiqamah atau sebaliknya, setiap rumah tangga mereka terdapat padanya sama ada penyatuan atau perpecahan. Ianya sama ada membawa keredhaan atau kemurkaan, kegembiraan atau kesedihan, penyatuan atau perpecahan. Inilah fitrah kehidupan.
Tetapi, keimanan dan cara muamalah dengan ALLAH dalam bab ini berbalik kepada beberapa perkara. Ianya sama ada membawa keredhaan atau kemurkaan, kegembiraan atau kesedihan, penyatuan atau perpecahan. Perselisihan ini terhasil sama ada dari konflik rumahtangga atau dengan wujudnya kemuncak kehinaan didalamnya. Ianya adalah yang berasaskan dari tertewasnya hawa nafsu di dalam rumahtangga.
Akan tetapi, perselisihan yang dipuji, yang merealisasikan kesefahaman dan persetujuan, ianya adalah yang berasaskan dari tertewasnya hawa nafsu di dalam rumahtangga. Dan ahli rumah ini berusaha untuk merealisasikan ibadat yang sebenarnya terhadap ALLAH. Hasutan hawa nafsu pada diri seseorang meminta serta mendesaknya untuk mendapat perkara yang tidak diredhai ALLAH. Jika rumahtangga ini mendapat taufiq dari ALLAH, supaya berjalan selaras dengan kehendakNya, nescaya bahagialah dengannya penghuni rumah itu beserta mereka di sekelilingnya dan sezaman dengannya. Pasti ALLAH mengilhamkan si isteri untuk berbuat baik dalam tindakannya terhadap kesilapan yang dilakukan suaminya. Kamu pun begitu ketika terhasilnya turutan hawa nafsu oleh perempuan, kamu berdepan salah satu dari tiga keadaan.

Friday 6 April 2012

Secebis Dari Istikarah...

Fitnah Petunjuk Istikharah

Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?

Sepucuk emel dihantar kepada saya. Beristighfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi. Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi memaksa  Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang pilihan Allah itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama petunjuk Allah, tercetus permusuhan sesama anak Adam. Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan petunjuk penuh mudarat dan zalim itu?

ALLAHuRabbi...

Berkata Ulama;

  • Akal yang jernih mampu memandang dengan tepat, ia adalah satu kekuatan dalam hati. Pandangan ini dapat membezakan kebenaran dan kebatilan, memisahkan kebaikan dan keburukan. Ibarat mata lahir yang berfungsi begitulah akal yang memandang dengan mata hati.
  • Sekiranya engkau berasa perlu kepada ilmu seseorang maka janganlah ditilik keaibannya. Jika keaibannya yang engkau pandang, hilanglah berkat dan manfaat daripada ilmu yang engkau peroleh daripadanya.
Wallahu`alam...ALLAHuRabbi...