Pages

Sunday 27 May 2012

.......


Andai engkau merasakan yang dirimu dihina, tidak diendahkan dan tidak dihiraukan oleh manusia, ketahuilah hanya dengan membawa dirimu kepadaNya sahaja yang akan dapat menyingkirkan semua kehinaan manusia itu keatas dirimu.

Usahlah engkau bersedih dan terus berduka diatas pandangan-pandangan manusia itu terhadap dirimu, kerna penghampiran dirimu terhadap Tuhanmu akan mengangkat kedudukan dirimu lebih tinggi dari apa yang engkau sangkakan, bukan sahaja didunia bahkan diakhirat kelak.

Bawalah dirimu kepada Tuhan yang Maha Tunggal, ALLAH `Azza waJalla, yang menciptakan dirimu dan setiap apa yang engkau lihat mahupun tidak, yang tersembunyi mahupun yang nyata, Tuhan yang tidak ada Tuhan selainNya,Tuhan Sekalian Alam. Cukuplah Engkau bagiku yaALLAH, sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik Penjaga, sebaik-baik Penolong. ALLAHuRabbi…

Wallahua’lam…..
Alfaqir: hamba yang Esa…

Friday 25 May 2012

Mengawal Pintu Nafsu


Pergaulan bebas adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah, filem yang menghairahkan, hiburan melampau adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga mereka yang bukan muhrim berdua-duan di tempat yang sunyi akan mendatangkan kemaksiatan pada dirinya. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 32:
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahannam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadith disebutkan, di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pinti-pintu menuju perzinaan, sedekat itu lah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan (mudah-mudahan Allah melindungi kita dari itu).

Tuesday 22 May 2012

Keistimewaan Bulan Rejab


بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:

Keistimewaan Bulan Rejab

Rejab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rejab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta'ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan "Rejab Mudhar" ( رجب مضر), untuk membezakan dari "Rejab Rabi’ah" ( رجب ربيعة), Rasulullah S.A.W. menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

  التوبة: ٣٦
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (Surah at-Taubah: 36)       

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu.  (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab). Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.

Berkata Ibnu 'Abbas mengomentari ayat di atas: “Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”.

Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata: “Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata:  terkadang Rasulullah S.A.W berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).

Amalan di dalam bulan Rejab
Di antara amalan di bulan Rejab ialah memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah S.A.W.:
أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
 فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
 وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
 (الديلمى)
"Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah, setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab." (al- Dailami).

Amalan istighfar para salaf ialah:

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah S.A.W.: “ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:

Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya. Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan soleh untuk meraih rahmat Allah S.W.T., semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

Friday 18 May 2012

Mengenal Diri dan Merawatnya...


Setiap insan perlu mengawal nafsu dan mengenal segala sifatnya kerana nafsu itu sangat mengajak kearah melakukan kejahatan walaupun seseorang itu amat mengetahui dengan mendalam akan nafsunya sendiri.
Rasulullah S.A.W. sendiri mengawal dirinya daripada nafsu serta memohon perlindungan dari ALLAH S.W.T. daripada godaan nafsu. “YaALLAH, aku berlindung kepadaMu dari akhlak, amal dan hawa nafsu yang mungkar” (H.R. Turmidzi no. 3591, sahih). Pesanan Rasulullah S.A.W. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya: “Wahai Muaz! Demi ALLAH! Sesungguhnya aku sangat menyayangimu. Maka janganlah kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu: “YaALLAH, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah sebaik-baiknya untukMu”. (Pengijazahan hadith dari al-Habib Umar bin Hamid al-Jailani (Makkah). H.R. Imam Abu Daud, an-Nasa’ie, sahih oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim)”. Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata,: “Perumpamaan diriku dengan nafsuku ibarat gembala dengan kambing-kambingnya; apabila dikumpul setempat ada sahaja yang bertempiaran”.
Berkata Abu Bakar al-Warraq:

Thursday 17 May 2012

.....

Diam seorang gadis dapat dijadikan indikator persetujuannya,
Tegasnya juga dapat menjadi bukti.
Apabila air mata yang berlinangan itu sejuk,
Itu tanda Kesedihan,
Apabila air matanya itu hangat,
Tangisan itu tanda dia Redha dan setuju,
Kehangatan air mata tanda gembira.
- Ibn Hajar al-Asqhalani


CINTA,
Awalnya Permainan dan akhirnya Kesungguhan,
Ia tidak dapat di lukiskan,
Tetapi harus di Alami agar di Ketahui,
Agama tidak menolak Cinta dan Syariat tidak melarang Cinta,
Kerana hati itu di "tangan" Tuhan,
Dia yang membolak-balikkan hati.
- Ibn Hazm

Tuesday 15 May 2012

Renungan buat Insan...


“Janganlah engkau melihat kepada sebab terjadinya sesuatu perkara itu tetapi “lihatlah” kepada ALLAH yang menjadikan sebab itu.”


by alfaqir: hamba yang Esa.

Monday 14 May 2012

HIKMAH 1: Antara TANDA BERGANTUNG kepada AMAL


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi ALLAH, Selawat dan Salam keatas Penghulu kita Rasulullah (صلى الله عليه وآله وسلم), ahli keluarga Baginda dan para sahabat serta pembantunya.
Berkata Sayyidina Ibn Athaillah As-Sakandari:
مِنْ عَلَامَةِ اْلاءِ عْتِمَاد عَلَى اْلعَمَلِ نُقْصَانُ الرَّجَاءِ عِنْدَ وُجُوْدِ الزَّلَلِ
Diantara tanda seseorang bergantung kepada amalan ialah kurangnya Raja’ (mengharapkan kepada Rahmat ALLAH) ketika berlakunya kepincangan (maksiat).
Syarah Lafaz:
1.    Amal
Gerakan jasad atau hati yang mana jika ianya seiring dengan syariat dinamakan taat, jika sebaliknya dinamakan maksiat.
2.    Raja’
Mengharapkan kepada Rahmat ALLAH

Mafhum Hikmah:
            Awasilah diri daripada bergantung kepada Redha ALLAH S.W.T. dan balasan yang dijanjikanNya kepadamu tetapi bergantunglah kepada Rahmat ALLAH S.W.T. dan kemuliaanNya. Semakin besar harapan apabila dihiasi dengan amalan taat mampu mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.
Seorang insan selayaknya berlepas diri dari amalannya dan jangan bergantung harap padanya dan hendaklah dia ketahui setiap apa yang ada di dalam alam ini adalah dari ALLAH. Ucapan yang dinukilkan oleh Ibn Athaillah As-Sakandari ini teramat halus. Bayangkan kamu memerhatikan diri kamu sendiri, jika kamu melakukan ketaatan, jangan terpedaya dengannya, jangan kamu bermegah dengan saudaramu yang lain, jangan memandang mereka dengan pandangan hina seperti mereka ahli maksiat dan mereka lebih rendah dari engkau. Ini takbur yang tidak diterima disisi ALLAH. Bayangkan jika engkau sentiasa menyebut Tuhanmu, oleh itu, setiap kali engkau terjebak melakukan maksiat, tidak kurang sedkit pun Raja’(mengharapkan kepada Rahmat ALLAH) engkau kepada Rahmat ALLAH subahanahu wa Ta`ala.
Bertaubat kepadanya dengan segera,

Sunday 13 May 2012

Kebaikan dan Keburukan.....

Berkata Rabi'ah:
"Sembunyikan kebaikanmu sepertimana kamu sembunyikan keburukanmu"

"Wahai Tuhanku, aku tidak menyembahMu ketika beribadah kepadaMu kerana inginkan syurgaMu dan bukan kerana takut api nerakaMu, akan tetapi aku tahu kerana Engkau Tuhanku yang berhak aku beribadah maka aku sembahMu."

Maksud Hadith:
"Seseorang tidak akan dimasukkan ke syurga dengan sebab amalannya. Sahabat bertanya: "Walaupun kamu yaRasulullah?" Jawab Rasulullah S.A.W.: "Walaupun saya, melainkan dengan limpah Rahmat ALLAH S.W.T. kepadaku." (Riwayat al-Bukhari)

Wednesday 9 May 2012

Cinta Itu Dari Satu Perkenalan.....


Segala puji bagi ALLAH, yang telah menjadikan kita untuk beribadat kepadaNya. Ibn Abbas telah menjelaskan firman ALLAH S.W.T.: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”, berkata Ibrahim bin Adham R.A.: “Kasih sayang itu merupakan hasil dari sebuah perkenalan”, sesiapa yang kenal ALLAH maka dia akan mencintaiNya, sesiapa yang mencintai ALLAH, dia akan mencintai Rasulnya yakni Nabi Muhammad S.A.W., dan sesiapa yang kenal Rasulullah pasti dia akan mencintainya. Kita pernah mendengar sebuah ungkapan yang menarik yang menyatakan bahawa tidak wajar hubungan kita dengan Rasulullah S.A.W. hanya sekadar melakukan amalan dan cukup setakat itu sahaja. Tetapi sepatutnya hubungan tersebut sepatutnya membuahkan cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan cinta itu akan terus hidup mekar di dalam hati kita dan pasti dia akan hidup di dalam hati kita.
Rasulullah S.A.W. adalah seorang Nabi yang datang kepada kita sebagai seorang manusia, namun Rasulullah bukanlah seperti insan biasa. Baginda telah mengajar kita cara bagaimana memandang kepada sebuah kehidupan dengan pandangan yang mempunyai makna, bukan pandangan yang sebaliknya. Perbezaan antara kedua-dua pandangan itu adalah, pandangan yang tidak bermakna itu ialah seseorang yang melihat dirinya dan semata-mata tertumpu untuk memenuhi kepuasan nafsu dirinya. Manakala pandangan yang mempunyai makna ialah yang melihat kepada kehidupan mengikut pandangan yang telah dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W., di mana ia bertujuan untuk mengembalikan semula kekhalifahan di atas muka bumi ini kepada manusia seperti yang termaktub di dalam Al-Quran: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Pandangan tersebut itu merangkumi kepada haiwan, benda-benda tidak bernyawa dan juga tumbuhan. Justeru itu, pandangan itu bukan hanya melibatkan pandangan kepada manusia sahaja, akan tetapi merangkumi semua.

Tuesday 8 May 2012

Kasihku Abadi.....


Kamar hatiku, sekian lama 
Suram dan sepi, kekosongan 
Aku mencari insan sejati 
Untuk menemani hidupku 

Adam dan Hawa diciptakanNya 
Disemai rasa kasih sayang 
Agar bersemi ketenangan 
Dan kedamaian di hati 

Ku harap hanya keikhlasan 
Dan ku rindukan keramahan 
Aku inginkan kemesraan 
Berkekalan berpanjangan 

Mengasihimu, dikasihi 
Menyayangimu, disayangi 
Merindui dan dirindui 
Saling mengerti di hati 

Biar hilang kabus di wajahku 
Biar tenang resah di dadaku 
Terimalah serta kabulkan harapan ini 
Oh Tuhan 

Ku melafazkan kata penuh makna 
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah 
Hidup mati jodoh pertemuan 
Ditentu Allah yang Esa 
Perkenankan hasrat di hatiku 

Moga impian kan dirahmati 
Dipertemukan serikandi 
Susah dan senang sama harungi 
Demi cinta yang hakiki 
Oh...

In-Team - Kasihku Abadi

Secebis dari Tazkiyatun Nafs.....


            Tazkiyah (penyucian) hati dan jiwa hanya bisa dicapai melalui ibadah dan amal perbuatan tertentu. Apabila amalan tersebut dilakukan secara sempurna dan cukup, maka akan terbitlah dari sanubari hati manusia akan sejumlah makna yang menyucikan hatinya, yang dapat dilihat hasilnya pada seluruh anggotanya seperti lisannya, matanya, telinganya serta yang selainnya. Namun, dapat dilihat dengan lebih jelas akan hasil penyucian hati dan jiwa tersebut melalui adab dan muamalahnya kepada ALLAH serta seluruh makhluk ciptaanNya. Yakni kepada ALLAH berupa pelaksanaan hak-hakNya termasuk mengorbankan jiwanya dalam rangka jihad dijalanNya, sedang kepada selain dariNya adalah sesuai dengan ajaran, tuntutan maqam dan taklif Illahi (kewajipan yang ditentukan ALLAH).
Wallahua’lam…..
Qalam al-faqir: hamba yang Esa

Sunday 6 May 2012

Penenang Hatiku.....


“Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan) dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang keras. Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman, dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di tanganNya kekuasaan segala sesuatu.
Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Wahai ALLAH, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga, dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami. Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Sejahtera ke atas Nabi Muhammad dan sahabatnya.”
- Hizb Bahar - al-faqir: hamba yang Esa

Thursday 3 May 2012

Hakikat Insan.....


“Usahlah engkau bertanya mengapa doa mu belum di makbulkan, kerana ia bukanlah dari urusanmu sebagai seorang hamba. Tetapi tanyalah berapa banyak dari umur yang dikurniakanNya kepadamu digunakan oleh mu untuk berdoa kepadaNya.”


By: al-faqir - hamba yang Esa,

Wednesday 2 May 2012

Warkah Buat Saudaraku.....


“Ramai yang mengaku tabah sebelum mereka ditimpa musibah, yang mengaku sabar sebelum mereka tercabar, yang mengaku kuat sebelum mereka ditolak. Namun, tatkala mereka diuji, mereka lemah sendiri, kaki dirasakan tidak mampu memijak bumi dan alam dirasakan tiada simpati. Semua ini akan terjadi jika tidak meletakkan ALLAH di “tempatNya” iaitu di dalam hati.”

Tuesday 1 May 2012

Hakikat Insan.....

Seumpama seorang yang rambutnya ditiup debu. Apabila dia hendak bertamu, ditolaknya. Apabila meminta tidak diberikan. Apabila bertunang tidak dikahwinkan. Apabila memohon bantuan tidak diberikan. Iaitu dia tidak diterima dikalangan manusia. Jika bersumpah dengan ALLAH, ALLAH akan memperkenankannya”. Jika dia berkata: “Ya ALLAH, aku memohon dariMu untuk melakukan sedemikian, ALLAH akan menunaikannya”.