Pages

Tuesday, 22 May 2012

Keistimewaan Bulan Rejab


بسم الله الرحمن الرحيم
 الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله، سيدنا محمد بن عبد الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه, وبعد:

Keistimewaan Bulan Rejab

Rejab adalah salah satu dari 4 bulan haram, yang di muliakan di dalam islam. Rejab berarti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah Ta'ala. Bangsa arab sejak zaman sebelum Islam juga memuliakan bulan Rejab. Di zaman jahiliyah bulan Rejab ini di kenali dengan "Rejab Mudhar" ( رجب مضر), untuk membezakan dari "Rejab Rabi’ah" ( رجب ربيعة), Rasulullah S.A.W. menjelaskan perbezaan ini bahwa Rejab Mudhar adalah di antara Jumadal Tsani dan Sya’ban, adapun Rejab Rabi’ah antara Sya’ban dan Syawwal.
Di antara Keagungan bulan ini ialah:

  التوبة: ٣٦
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (Surah at-Taubah: 36)       

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah dua belas bulan, dalam kitab Allah pada hari Allah menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang dalam bulan itu.  (Dzulki’dah, Dzulhijjah, Muharram, Rejab). Keberadaan 12 bulan (qamariah) dalam setahun dan 4 di antaranya adalah bulan-bulan yang diharamkan peperangan sudah terkandung dalam Lauhil Mahfudz. Dengan demikian, bulan ini adalah bulan aman, damai, tenteram dan selamat.

Berkata Ibnu 'Abbas mengomentari ayat di atas: “Janganlah kamu berbuat kezaliman diseluruh bulan, khususnya di bulan haram kerana kehormatan bulan itu, oleh kerana berbuat dosa di bulan haram lebih besar berbandingkan di selainnya, demikian juga berbuat ketaatan di dalamnya akan di lipat gandakan”.

Di antara keutamannya ialah berpuasa. Sa’id bin Jubair (seorang Tabi’in) di tanya tentang puasa di bulan Rejab, ia berkata: “Aku mendengar Abdullah bin Abbas r.a berkata:  terkadang Rasulullah S.A.W berpuasa di bulan itu seakan-akan Baginda tidak berbuka (berterusan), dan terkadang juga Baginda berbuka seakan-akan tidak berpuasa”. (Abu Daud).

Amalan di dalam bulan Rejab
Di antara amalan di bulan Rejab ialah memperbanyak istighfar. Bersabda Rasulullah S.A.W.:
أكثروا من الاستغفار فى شهر رجب
 فإن لله فى كل ساعة منه عتقاء من النار
 وإن لله مدائن لا يدخلها إلا من صام شهر رجب
 (الديلمى)
"Perbanyaklah kamu beristghfar di bulan Rejab, kerana sesungguhnya Allah, setiap saat di bulan Rejab akan membebaskan hamba-hambanya dari api neraka, dan sesungguhnya Allah mempunyai bandar-bandar yang tidak masuk ke dalamnya kecuali orang yang berpuasa dibulan Rejab." (al- Dailami).

Amalan istighfar para salaf ialah:

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang di istimewakan untuk di kabulkan doa. Sabda Rasulullah S.A.W.: “ Lima malam doa tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha. (Al Baihaqi).
Di anatara amalan yang baik ialah memperbanyak doa:

Bulan ini juga di kenali dengan الأَصَبّ bererti “curahan”, oleh kerana bulan ini adalah bulan Allah mencurahkan rahmatNya kepada hamba yang di kehendakinya. Di bulan Rejab juga telah di lahirkan Imam Syafi’I pada tahun 150 H, dan meninggal dunia di bulan Rejab juga tahun 204 H. Semoga Allah merahmati dan memberi keredhaan kepadanya atas jasanya ke atas ummat Islam, khususnya kita di Asia Tenggara ini yang berpegang kepada madzhabnya.

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan soleh untuk meraih rahmat Allah S.W.T., semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

No comments:

Post a Comment