Pages

Tuesday 28 February 2012

Perumpamaan Manusia Dalam Al-Quran

Bagi manusia yang lalai dan tidak bertanggungjawab terhadap potensinya serta tidak menyedari atau memahami potensi yang diterimanya, ia akan mendapat kerugian yang besar. Di antara akibat kelalaiannya adalah diumpamakan Allah dengan binatang dan tanaman hingga ia serupa dengan binatang atau makhluk lainnya yang lebih rendah.

Apabila potensi ini digunakan dengan baik melalui ibadah dan amal soleh, maka ia akan berbahagia. Sebaliknya jika potensi tersebut tidak digunakan, maka mereka akan mendapat penghinaan dan status yang tidak bernilai di hadapan Allah SWT. Mereka diumpamakan dengan monyet, anjing, babi, kayu, batu, labah-labah dan keldai.

An’am (seperti binatang ternak)
Manusia diberi hati, mata dan telinga untuk mengenal tanda-tanda Allah tetapi jika tidak digunakannya maka sama sahaja tidak mempunyai potensi tersebut. Binatang tidak mempunyai potensi seperti yang dimiliki oleh manusia, maka wajar Allah berikan perumpamaan terhadap manusia seperti binatang ternak.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A’raf, 7: 179 )
Manusia sering menuruti hawa nafsu sehingga menjadikan nafsu sebagai Tuhan sehingga lalai dengan tidak mendengar dan tidak memahami firman Allah.


“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 43-44)

Kalb (seperti anjing)
Allah berikan hawa nafsu kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi dinamik. Dengan nafsu, manusia mempunyai cita-cita, keinginan untuk berkahwin, bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan, makan dan minum dan sebagainya.

Saturday 11 February 2012

Fakir...

Kefakiran tidak bererti tasawwuf,
Namun hujung kefakiran adalah pangkal tasawwuf.
Begitulah halnya dengan zuhud; zuhud tidak bererti fakir.
Takrif fakir dalam terminologi sufi bukan sekadar miskin yang
tidak memiliki apa-apa, bahkan fakir yang terpuji ialah yakin
sepenuhnya kepada ketentuan Allah dan redha dengan
segala yang ditetapkanNya.

Wallahu`alam...

Friday 10 February 2012

Dosa...

"Nikmat Maksiat Akan Hilang, Tetapi Dosanya Berkekalan"

Orang yang melakukan dosa akan resah kerana sentiasa diburu rasa bersalah, bukan sahaja kepada Allah, tetapi kepada dirinya sendiri.
.....

Tuesday 7 February 2012

Subahanallah - سبحان الله

Sekiranya kamu bertanya
bilakah wujudnya Allah ? Sesungguhnya Allah
mendahului bila dan masa. Jika kamu bertanya bagaimanakah
Dia ? Sesungguhnya zat Allah tidak dapat disifatkan keadaanNya.
Jika kamu bertanya di mana Dia ? Sesungguhnya kewujudan
Allah mendahului kewujudan ruang dan tempat,
kewujudanNya mewujudkan segala yang ada, Dia mencipta
sesuatu tanpa memerlukan sebab, zatNya tidak dapat
dibayangkan, perbuatanNya tidak dapat
dipersoalkan.


wallahu`alam.....

Sunday 5 February 2012

Selawat...



Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (surah al-ahzab, ayat 56)

Hukum membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w.
Imam al-Qurtubi berkata, "semua ulama' sepakat bahawa selawat kepada Rasulullah s.a.w. wajib sekali dalam setahun dan pada setiap waktu yang mengharuskan membaca selawat. Dalam keadaan lain hukumnya adalah sunat muakkad.
Di kalangan mereka juga ada yang mengatakan , "wajib berselawat keatas Rasulullah s.a.w. dalam setiap majlis sekali, walaupun disebut secara berulang-ulang"

Ibnu Abdullah Bar berkata, "ulama' sepakat secara ijma' bahawa selawat keatas Rasulullah adalah wajib pada setiap mukmin berdasarkan kepda firman Allah diatas (surah al-ahzab, ayat 56).
Berdasarkan dalil diatas, setiap mukmin atau orang yang beriman pula wajib untuk berselawat kepada Baginda Nabi Rasulullah s.a.w. setiap kali disebut nama Baginda Rasulullah.


wallahu`alam...