Sekiranya kamu bertanya
bilakah wujudnya Allah ? Sesungguhnya Allah
mendahului bila dan masa. Jika kamu bertanya bagaimanakah
Dia ? Sesungguhnya zat Allah tidak dapat disifatkan keadaanNya.
Jika kamu bertanya di mana Dia ? Sesungguhnya kewujudan
Allah mendahului kewujudan ruang dan tempat,
kewujudanNya mewujudkan segala yang ada, Dia mencipta
sesuatu tanpa memerlukan sebab, zatNya tidak dapat
dibayangkan, perbuatanNya tidak dapat
dipersoalkan.
wallahu`alam.....
Bila ditimpa musibah,
ReplyDeletesebelum kita bertanya kepada Allah: "Kenapa aku diuji sebegini?"
Kita patut muhasabah apakah dosa yang telah kita lakukan sebelum ini.
Saya yakin, kita tidak akan sampai hati cakap:
"Ya Allah, kenapa Engkau uji aku begini?"
Kerana kadangkala, ianya sebab rapuhnya hubungan kita dengan Dia.
"Cukuplah Allah bagiku, sebaik-baik pelindung, sebaik-baik penjaga, sebaik-baik penolong. Tiada tuhan melainkan Engkau(Allah), maha suci Engkau (Allah), sesungguhnya aku telah berlaku zalim. Wahai tuhan (Allah) yang maha lemah-lembut, lindungi kami dari apa yang kami takuti. Juhkanlah kami dari golongan yang zalim."
Delete