Pages

Sunday 5 February 2012

Selawat...



Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (surah al-ahzab, ayat 56)

Hukum membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w.
Imam al-Qurtubi berkata, "semua ulama' sepakat bahawa selawat kepada Rasulullah s.a.w. wajib sekali dalam setahun dan pada setiap waktu yang mengharuskan membaca selawat. Dalam keadaan lain hukumnya adalah sunat muakkad.
Di kalangan mereka juga ada yang mengatakan , "wajib berselawat keatas Rasulullah s.a.w. dalam setiap majlis sekali, walaupun disebut secara berulang-ulang"

Ibnu Abdullah Bar berkata, "ulama' sepakat secara ijma' bahawa selawat keatas Rasulullah adalah wajib pada setiap mukmin berdasarkan kepda firman Allah diatas (surah al-ahzab, ayat 56).
Berdasarkan dalil diatas, setiap mukmin atau orang yang beriman pula wajib untuk berselawat kepada Baginda Nabi Rasulullah s.a.w. setiap kali disebut nama Baginda Rasulullah.


wallahu`alam...

No comments:

Post a Comment