Pages

Monday 9 April 2012

Keharmonian atau Perselisihan, Penyatuan atau Perpecahan...-3-

..........
Apabila seseorang itu serius dalam menewaskan hawa nafsunya, dalam menyinari hatinya dengan sinaran zikir pada ALLAH Ta`ala, maka timbullah dalam dirinya hawa nafsu yang lain, yang menepati perintah ALLAH Ta`ala. Apabila telah wujud dalam diri manusia satu perkara, ianya adalah hawa yang bertepatan dengan kehendak ALLAH, ALLAH akan memperlihatkan kapada hambaNya daripada tanda-tanda kemulian dan kebesaranNya. ALLAH Ta`ala akan segera menunaikan kehendak hambaNya ini. Berkata Saidatina Aisyah kepada Rasulullah S.A.W.: “Wahai Rasulullah!, aku tidak mengenali Tuhanmu melainkan Dia segera mengurniakan kehendakmu. Apabila kamu berkehendaki sesuatu pasti Dia akan mengurniakannya”. “Sesungguhnya Kami melihatmu (Nabi Muhammad) berpaling ke langit, maka Kami memalingkan kiblat kearah yang kamu sukai”. Kiblah yang kita mengadap kepadanya ketika bersembahyang iaitu ka`abah adalah disebabkan keranamu (Muhammad S.A.W.). “Aku telah mensyariatkan kepada seluruh makhluk untuk mereka bersolat menghadap kearah Baitul Maqdis. Akan tetapi aku telah melihat hati kamu lebih cenderung dan kehendakmu lebih kearah ka`abah. Maka Aku jadikan kiblat iaitu iaitu syariat kepada manusia bertukar, maka ia telah bertukar secara keseluruhannya disebabkan kerana keredhaanmu wahai kekasihKu”. “Maka Kami memalingkan kiblat kearah yang kamu sukai”.
Dan telah disebutkan dalam sebahagian kitab-kitab yang diturunkan: “Hambaku, Sesungguhnya Aku ALLAH. Aku berkata apabila hendak menjadikan sesuatu: Jadi..! Maka ia akan terjadi”. “Maka hamba itu menataati Aku, maka Aku menjadikan apa yang dia kehendaki”. Kita dapati dari hadith Rasulullah S.A.W.: “Seumpama seorang yang rambutnya ditiup debu. Apabila dia hendak bertamu, ditolaknya. Apabila meminta tidak diberikan. Apabila bertunang tidak dikahwinkan. Apabila memohon bantuan tidak diberikan. Iaitu dia tidak diterima dikalangan manusia. Jika bersumpah dengan ALLAH, ALLAH akan memperkenankannya”. Jika dia berkata: “Ya ALLAH, aku memohon dariMu untuk melakukan sedemikian, ALLAH akan menunaikannya”.
Bagaimana ALLAH menunaikan kehendak hambaNya dan hakikatnya kehendak itu adalah untukNya?, apabila bertepatan kehendak hamba itu dengan kehendak Tuhannya. ALLAH akan menjadikan kehendakNya didalam hati hamba itu. Apabila seseorang hamba itu berkehendak sesuatu, itulah juga yang dikehendaki oleh ALLAH S.A.W.
Perkara sebegini, kamu perlu mulakan dengan diri kamu sendiri dalam rumah tangga. Nafsu kamu merasa untuk membangkang, meninggikan suara, menjerit dan lain-lain lagi, maka telah sampai masa untuk menyembunyikan kehendak kamu, bukan disebabkan kerana isteri, tetapi kerana ALLAH Yang Maha Agung. Jika kamu turutinya, dalam keadaan isterimu memarihimu, kamu membalasnya. Apabila kamu disakitinya, kamu akan membalasnya. Apabila kamu dihinakan, kamu akan membalasnya kembali. Jika kamu ikutkan ALLAH, apabila kamu dimarahi oleh isteri, kamu memohon keredhaan daripada ALLAH, maka dikurniakan rasa kasih kamu kepada isteri. Apabila kamu dihinanya, kamu memohon ihsan daripada ALLAH, maka kamu akan berbuat baik padanya. Apabila isterimu menyakitimu, kamu berharap kurniaan daripada ALLAH Ta`ala lalu kamu berlembut dengannya dan membuangkan perkara merbahaya darinya dan juga darimu sendiri.
Oleh itu, kamu telah memahami perananmu sebagai lelaki. “Lelaki berkuasa (pemimpin) ke atas kaum wanita”. Ketika mana kita mendengar ayat ini, kita juga mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: “Para wanita itu kurang dari segi akal dan agama. Mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang teratas”. Manusia berbeza pemahaman mereka terhadap hadith tersebut. Maka ada yang memahaminya dengan hati, yang ingin memahami apa yang diingini oleh Tuhannya supaya diturutinya. Ada memahaminya menurut hawa nafsu. Dia menjadikannya sebagai penyokong bagi kehendaknya sendiri.
Jika bercanggah dengan isterinya, dia berkata: “Lelaki berkuasa (pemimpin) ke atas kaum wanita”. Pelik…!. Apabila dimarahi sedikit oleh isterinya, dia berkata pula: “Ah…!! Asal kejadian kamu adalah kurangnya pada akal dan agama”. Apabila dibangkangnya: “Dia diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok”. Maha Suci ALLAH…!!. Adakah Rasulullah telah berkata percakapan sebegini??. Adakah ALLAH berfirman dengan perkataan sebegini??. Untuk kamu menjadikannya, sama dengan apa yang kamu berkehendaki??. Adakah sepatutnya kamu perlu mengikuti perintah ALLAH dan RasulNya, atau ALLAH dan RasulNya mengikut kehendakmu??. Jika yang sepatutnya ALLAH dan RasulNya mengikut kehendak kamu, maka ini amat membahayakan.
Masalahnya sekarang bukan di antara kamu dengan isteri kamu lagi, tetapi masalahnya adalah antara kamu dengan ALLAH dan RasulNya. Jika sepatutnya kamu menerima perintah ALLAH dan RasulNya, untuk kamu mengikutinya, maka fahamilah ayat ini: “Lelaki berkuasa (pemimpin) ke atas kaum wanita dengan melebihkan sebahagian mereka keatas yang lain”. Apakah makna “kelebihan” disini?. Bukanlah maknanya disini “kelebihan” sebenarnya, iaitu lelaki lebih mulia daripada wanita kerana Maryam itu amat terlebih mulianya daripada kebanyakkan kaum lelaki yang hidup dizamannya ataupun selepas itu. Sesungguhnya kuku Sayyidatina Fatimah lebih baik dari ribuan lelaki yang kita dapati, walaupun mereka bersolat dan berpuasa.
Ertinya ialah supaya wanita mendapat perhatian serta kasih sayang dari lelaki supaya lelaki dapat menghayatinya dalam memimpin rumahtangga. Bukan untuk memimpin rumahtangganya dengan hawa nafsunya, dengan paksaan darinya atau keinginannya dengan menjadikan isteri sebagai hambanya, tetapi ianya adalah meminpin rumahtangga kearah keredhaan ALLAH S.W.T. maka disini ada yang memimpin untuk dirinya sendiri, ada juga yang meminpin kearah Tuhannya.

.....-Bersambung...

credit: http://www.youtube.com/watch?v=GoOxJunbNNA / Tommy32948's channel / AbuMasyahur production / Al-Muttaqin TV

No comments:

Post a Comment