Pages

Sunday 8 April 2012

Keharmonian atau Perselisihan, Penyatuan atau Perpecahan...-2-

..........
Adakah kamu mengingati suatu hari kamu pernah marah sehingga sampai kepada percakapan yang kamu kesal dengannya selepas keadaan reda?. Banyak sekali. “Seseorang telah datang kepada seorang guru berkata, (moga ALLAH melindungi kita dari itu): “Aku telah ceraikan satu demi satu talaknya.” Pada talak yang kedua, sebelum yang ketiganya, aku dalam kemarahan. Adakah dikira sebagai satu talak dengannya?. Guru tertawa.” Manusia bercerai secara tidak sengaja dan marah. Setelah keadaan mejadi reda kamu rasa menyesal dengan kesalahan yang kamu lakukan ini. Ketika kamu tenang dan akan mampu membuahkan fikiran, kamu rasakan tindakan yang dilakukan ketika marah bukanlah suatu yang baik. Dimanakah perasaan ini ketika marah sedangkan sifat marah adalah satu dari nafsu?.
Hawa nafsu jika menguasai manusia, ianya menghilangkan kuasa pertimbangan dari akalnya. Oleh itu, ALLAH berfirman: “Ataupun dia mengambil hawa nafsu sebagai Tuhannya”. ALLAH menjadikannya sesat di dalam ilmu. ALLAH menyesatkan di dalam ilmu. Dia menjadikan kesesatan, bukannya disebabkan kejahilan tetapi dengan ilmu. Tetapi hawa nafsu adalah pemabuk yang mengatasi kemabukkan arak apabila ia memabukkan akal. Apakah kamu mengingati sesuatu hari kamu berkata-kata secara tidak sengaja, apabila kamu sedar, kamu beristighfar pada ALLAH “Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam”. “Aku tidak tahu bagaimanakah perkataan sebegini keluar dariku. Aku sepatutnya tidak berkata begitu”. Di manakah fikiran ini yang kamu berfikir dengannya pada waktu kamu marah?.
Ketika marah, pemerhatian serta pertimbangan hilang dari manusia. Oleh itu, ketika marah kita di perintahkan untuk berhenti. Apabila kamu berdiri, hendaklah kamu duduk. Ketika duduk hendaklah berdiri. Kalau marah bersangatan, bangunlah dan ambil wuduk serta solatlah dua rakaat. Masalah akan selesai. Tetapi jika kamu bertindak ketika kemarahan memuncak dengan sesuatu yang tidak diajar ALLAH, tetapi dikehendaki olehmu, kamu telah meletakkan dirimu dalam mengikut hawa nafsu tanpa disedari. Oleh itu, diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bermain dengan Sayyidatina Aisyah, Nabi berkata: “Wahai Aisyah!, aku dapat kenal pasti redhamu dan kemarahanmu”. Sayyidatina Aisyah bertanya:”Macam mana kamu mengetahuinya?”. Nabi menjawab:”Bila kamu senang hati, kamu menyebut, Demi Tuhan bagi Muhammad”, “Bila marah pula, kamu menyebut, demi Tuhan bagi Ibrahim”. Adakah ini bukan Tuhan bagi Muhammad?.
Ketika marah, sesuatu yang tidak terpahat dalam diri seseorang akan dituturkan. Apabila seseorang itu memahami konsep ini, dia akan mencari-cari sebab kenapakah ALLAH menjadikan sifat marah kepada manusia. ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. “Adakah kamu sangkakan Aku menciptamu dengan sia-sia dan kamu tidak dikembalikan kepada Kami?. Maha Tinggi ALLAH yang memiliki lagi Maha Benar”. Dia Maha Tinggi lagi Maha Agung untuk mewujudkan manusia di atas muka bumi ini. Maka dengan sebab itu terdapat hikmah dengan sebab kewujudan hawa nafsu. Begitu juga kewujudan unsur marah, tamak dan syahwat pada hawa nafsu itu.
Benar! Diri manusia dilanda kelemahannya, sifat jemu, letih bosan, lesu dan malas. Maka ALLAH wujudkan unsur hawa nafsu dalam diri. Ini kerana apabila ia berfungsi, lemahlah dirinya lalu mengikutnya. Tetapi, jika nafsu itu ditewaskan dan melutut kepada mengikuti kehendak ALLAH, ini bermula dengan seseorang itu melawan kehendak nafsunya jikalau ia tidak sehaluan dengan kehendak ALLAH, nafsu kamu berkata: “Buatlah begini” dan kamu mengetahui bahawa ianya haram, maka belajarlah untuk berkata padanya “Tidak”. Bukan lelaki seseorang yang mudah berkata kepada isterinya “Tidak”. Bukan juga seorang isteri itu baik peribadinya jika dia mudah menuturkan pada suaminya “Tidak”. Tetapi merekan berdua akan menjadi orang yang hebat paeribadinya apabila dia boleh berkata kepada nafsunya “Tidak”.
Apabila nafsu tewas, ia menjadi lemah dan diam. Apabila seseorang itu sering menewaskannya, jihadnya dalam hati kerana ALLAH, pada menyinari hatinya dalam muamalahnya bersama ALLAH, maka nur dari ALLAH akan mengalahkan nafsu itu sehingga nafsu itu berpaling kepada ALLAH. Maka nafsu manusia itu akan dipimpin kepada ALLAH, maka hawa nafsu akan mati, maka satu hawa nafsu yang lain akan diberikan kepadanya. “Tidaklah seseorang kamu itu beriman (sempurna) sehinggakan hawa nafsunya mengikut apa yang Aku (Rasulullah S.A.W.) bawa”.
.....-Bersambung...

credit: http://www.youtube.com/watch?v=GoOxJunbNNA / Tommy32948's channel / AbuMasyahur production / Al-Muttaqin TV

No comments:

Post a Comment