Pages

Monday 16 April 2012

Seseorang Berkata......

Seseorang berkata:
"Bawalah hatimu kepada Sang Pencipta,
Pasti dirimu akan merasai ketenangan.
Bawalah hatimu kepada Rabbi,
Pasti engkau temui jalan penyelesaian.
Bawalah hatimu kepada Maha Penyayang,
Pasti hatimu akan celik dari kegagalan.
Bawalah
hatimu kepadaNya,
Pasti hidupmu akan bahagia,
Walaupun diuji dengan seribu satu dugaa.
Kerna hati yang berpaut padaNya akan yakin dengan janjiNya "hadiah SYURGA",
Terhadap hambanya yang bersabar.
Sabarlah...
Jangan katakan kamu beriman selagi mana dirimu tidak diuji..."
Seribu kata-kata mungkin di balas dengan sejuta bantahan, kerana manusia itu ada jalannya yang berbeza dalam mencari subutir permata yang bernama HIKMAH. Berlapang dada lah dalam menerima nasihat seseorang. Belajarlah untuk menerima terlebih dahulu sebelum menolak. Bagi diri yang faqir ini, janglah hanya berkata "Jangan katakan kamu beriman selagi mana dirimu tidak diuji" kepada yang bersedih, sambungkanlah firman itu dengan firman yang seterusnya iaitu "Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". Maka carilah akan maksud sebenar kepada ayat ini. Kajilah dan renunglah akan firman ALLAH ini. Moga ALLAH menunjukkan jalan keluar kepada kita semua....
AllahuRabbi...
Wallahua'lam.....

No comments:

Post a Comment