Pages

Saturday 7 April 2012

Keharmonian atau Perselisihan, Penyatuan atau Perpecahan...-1-

Petikan Dari Video -Pernikahan- oleh Habib Ali Al-Jifri..
Namun, ianya bukan sekadar itu, muhasabahlah diri...
ALLAHuRabbi...


Pujian bagi ALLAH yang menyeru kita ke ruangan limpahNya, yang mendorong kita dengan ihsanNya, kemurahanNya serta anugerahNya. Menyeru kita untuk hadir ke majlis yang diredhaiNya. Dengan izin ALLAH, perbincangan ini akan menceritakan tentang perjalanan siang dan malam. Serta apa yang berlaku padanya daripada keharmonian atau perselisihan. Daripada penyatuan ataupun perpecahan. Semua manusia, beriman atau tidak, yang beristiqamah atau sebaliknya, setiap rumah tangga mereka terdapat padanya sama ada penyatuan atau perpecahan. Ianya sama ada membawa keredhaan atau kemurkaan, kegembiraan atau kesedihan, penyatuan atau perpecahan. Inilah fitrah kehidupan.
Tetapi, keimanan dan cara muamalah dengan ALLAH dalam bab ini berbalik kepada beberapa perkara. Ianya sama ada membawa keredhaan atau kemurkaan, kegembiraan atau kesedihan, penyatuan atau perpecahan. Perselisihan ini terhasil sama ada dari konflik rumahtangga atau dengan wujudnya kemuncak kehinaan didalamnya. Ianya adalah yang berasaskan dari tertewasnya hawa nafsu di dalam rumahtangga.
Akan tetapi, perselisihan yang dipuji, yang merealisasikan kesefahaman dan persetujuan, ianya adalah yang berasaskan dari tertewasnya hawa nafsu di dalam rumahtangga. Dan ahli rumah ini berusaha untuk merealisasikan ibadat yang sebenarnya terhadap ALLAH. Hasutan hawa nafsu pada diri seseorang meminta serta mendesaknya untuk mendapat perkara yang tidak diredhai ALLAH. Jika rumahtangga ini mendapat taufiq dari ALLAH, supaya berjalan selaras dengan kehendakNya, nescaya bahagialah dengannya penghuni rumah itu beserta mereka di sekelilingnya dan sezaman dengannya. Pasti ALLAH mengilhamkan si isteri untuk berbuat baik dalam tindakannya terhadap kesilapan yang dilakukan suaminya. Kamu pun begitu ketika terhasilnya turutan hawa nafsu oleh perempuan, kamu berdepan salah satu dari tiga keadaan.

1.    Kamu bertegas dihadapannya sebagai seorang lelaki, sebagai perancang dan tuan punya keputusan. Bagaimana dia berbicara, meninggikan suaranya serta apa yang terhasil darinya. Maka kamu tunjuk kekuatan serta kekuasaanmu. Ini akan berakhir dengan perpisahan di antara kamu berdua jika ditetapkan oleh ALLAH ataupun dengan kedinginan antara dua hati. Dia tidak berpeluang untuk bangun jikalau kamu yang menjadi hakim dalam muamalah ini.
2.    Pilihan kedua, kamu pasrah di hadapan arus yang berlari di hadapanmu. Kamu hanya akur walaupun ianya tidak diredhai oleh ALLAH. Kamu hanya bertenang dan berlembut, supaya keadaanmu selamat dan yang dia meredhainya. Sedang inilah perkara yang melenyapkan maksud dari hubungan sebenarnya antara kamu denganNya, iaitu ALLAH. Kepasrahan rumah ini sama ada dirasai penghuninya atau tidak, dan kemusnahannya disebabkan sifat berjauhan dari ALLAH beralasan mencari kebahagiaan padanya sedangkan tiada kebahagiaan di dalam mengingkari perintah ALLAH Taala. Apa yang ada pada ALLAH itu berpanjangan, apa yang ada pada selainnya akan terputus.
3.    Pilihan ketiga pula, kamu berfikir bagaimanakah cara menyelesaikan godaan nafsu pada dirimu. Bukannya cara kamu menentangnya atau patuhinya, bukan itu. Jangan kamu memikirkan bagaimana kamu nenentangnya atau mematuhinya. Jangan fikir bagaimanakah untuk pamirkan sifat kelakianmu. Jangan fikir bagaimanakah untuk pamirkan kekuasaan serta kekuatanmu. Tetapi fikirkan bagaimanakah kamu boleh mendapatkan keredhaan Tuhanmu pada semua itu.
Kebanyakkan yang terjadi dalam rumahtangga sama ada permasalahan secara zahir iaitu pertelingkahan atau secara batinnya, pada zahirnya kesepakatan sedangkan hakikatnya tidak begitu kerana pada asasnya bukan mencari keredhaan ALLAH. Setiap kesepakatan dan kesefahaman yang berdiri diatas dasar selain mencari keredhaan ALLAH, inilah gambaran yang tiada ertinya. Dikhuatri mereka ini akan berubah menjadi musuh di dunia. Jikalau mereka tidak bermusuhan di dunia, nescaya ianya akan bertukar kepada permusuhan di dunia akhirat. “Sahabat handai pada hari itu, sesetengah mereka menjadi musuh antara satu sama lain melainkan yang bertaqwa.”
Tetapi keadaan mereka yang faham tentang ALLAH, mereka dengar dan diam. Membiarkan faktor kemarahannya berlalu tanpa membenarkan kebatilan atau meredhainya selagi ia tidak berkaitan dengan keredhaan ALLAH atau kemurkaannya. Jikalau perkara itu tiada kaitan dengan kemurkaan ALLAH tetapi hanya hasutan hawa nafsu, kalau dia membiarkannya, tidak menyebabkannya berdosa, tetapi hanya hawa nafsu sahaja tidak menginginkannya, sifat mengalah di sini membuktikan kelakian yang sebenar. Kelakian sebenarnya ketika berlaku pertelingkahan atau hasutan nafsu pada perkara yang dimurkai ALLAH Taala, dia akan tetap menghalang perkara yang tidak diredhai ALLAH Taala. Dia akan berlembut setelah itu dalam merawat kesakitan orang itu.
Tetapi jika perkara itu tidak berkaitan dengan kemurkaan ALLAH, melainkan ianya disebabkan kekeliruan yang mendorongnya, kononnya ia berkaitan dengan kemuliaan atau ketokohannya, marilah kita dengar serta melihat kepada pemimpin sekalian ketokohan serta kemuliaan. Kita ketahui dalam pelajaran yang lalu bahawa Nabi S.A.W. menyapu rumahnya, membersihkan pakaiannya, membantu isterinya serta memenuhkan bekas air untuk mereka, ketika tiba waktu solat, Baginda bangun seolah-olah Baginda tidak mengenali mereka dan sebaliknya. Kebanyakan dari perihal kehidupan manusia menjadi keliru apabila hawa nafsu mendapat kuasa.
Sesungguhnya hawa nafsu jika mendapat tempat ia akan membunuh atau membinasakan. Sesungguhnya hawa nafsu, apabila mendapat tempat dalam diri seseorang dia tidak akan dapat membuat pertimbangan, iaitu dia kehilangan alat pertimbangannya. Pertimbangan menjadi cacat. Dia menganggap kebaikan sebagai satu kesalahan dan sebaliknya, jika nafsu menguasainya. Oleh itu, Nabi S.A.W. bersabda, ketika mewasiatkan seorang lelaki setelah dia berkata: “Wasiatkan padaku wahai Rasulullah!”. Nabi menjawab:”Janganlah kamu marah”, “Wasiatkan padaku wahai Rasulullah!” Nabi menjawab:”Janganlah kamu marah”. Kata Imam Syafie Rahimahullah, perkataan ”Janganlah kamu marah” bermaksud, janganlah kamu tunaikan kemarahanmu. Walaupun seseorang mukmin, apabila orang membuatkannya marah, pasti dia akan marah. Kata Imam Syafie: “Sesiapa yang orang membuatkannya marah, sedangkan dia tidak marah, maka dia adalah seekor keldai”. Iaitu tidak rasakan bahawa ia dimarahi. Tetapi maksud disini ialah, jangan realisasikan kemarahanmu. Oleh itu, dinasihatkan apabila seseorang membuatkan kita marah, janganlah bercakap. Apabila kamu merasakan kemarahan mengalir dalam uratmu, janganlah bercakap. Walaubagaimanapun kamu berjaga-jaga dalam percakapan, kamu tetap akan tersilap. Kerana ketika kemarahan memuncak, manusia akan kehilangan pertimbangan.

-Bersambung...

credit: http://www.youtube.com/watch?v=GoOxJunbNNA / Tommy32948's channel / AbuMasyahur production / Al-Muttaqin TV

No comments:

Post a Comment