Pages

Wednesday 25 April 2012

Kejujuran dan Kesungguhan.....(2/2)


Maksud kejujuran kita dengan ALLAH S.W.T. adalah dengan memaksimakan erti dan maksud tauhid, hubungan kita mengEsakan ALLAH S.W.T., tiada Tuhan selain ALLAH, dan tiada yang berhak disembah kecuali ALLAH S.W.T.. Dengan demikian seseorang naik dengan keimanannya itu melalui kejujuran yang dilakukannya kepada kesempurnaan iman, kesempurnaan ehsan sehingga tidak ada di dalam hatinya itu untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri atau untuk meraih kedudukan manusia atupun mengharapkan pujian orang lain dalam muamalah dia kepada ALLAH S.W.T.
Maksud kejujuran kita dengan hawa nafsu kita adalah mencari kekurangan yang ada dalam nafsu dan jiwa kita dengan mencari ubat untuk membersihkan aib dan kekurangan yang ada pada diri kita. Erti kejujuran kepada hawa nafsu adalah mencari sebab untuk membersihkannya daripada kekurangan-kekurangannya di dalam muamalah kita dengan sesiapa sahaja sehingga dapat mengawal hawa nafsu itu berpindah daripada “al-lawwamah” atau “amarah” (suka kepada keburukan) kepada nafsu yang dapat menegur kepada diri sendiri, mengenali diri sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan mendekatkan dirinya kepada ALLAH S.W.T. Bagaimana anda boleh membenarkan perbuatan dusta yang anda lakukan itu dengan sebab-sebab untuk membenarkan perbuatan diri anda sendiri?. Kadang-kadang seseorang itu berdusta, dengan mengatakan “Maksud saya bukan untuk berdusta tetapi ada maksud-maksud yang baik”. Dengan maksud-maksud yang baik, dia telah melakukan perbuatan yang tidak baik, ini boleh di katakan anda tidak berdusta dengan orang lain tetapi anda berdusta dengan diri anda sendiri. Untuk mengenal pasti kejujuran dan kesungguhan yang ada di dalam diri kita ini adalah dengan melihat dengan pandangan yang jauh untuk menilai apakah yang telah ALLAH minta kepada kita sebagai hamba kepadanya...?? Apakah yang telah kita tegakkan daripada apa yang ALLAH minta kepada kita dalam kehidupan kita dan sekeliling kita...?? Contoh daripada sifat kejujuran dan kesungguhan kepada keadaan yang di tetapkan oleh ALLAH seperti keberadaan anda di dalam masjid ini, dalam saat ini, di “rumah” ALLAH, mendengarkan taushiyah, untuk menuggu solat jumaat, adakah keadaan yang ada dalam diri anda itu bersesuaian dengan apa yang diminta oleh ALLAH kepada anda untuk berada dalam keadaan yang di kehendaki oleh ALLAH kepada anda...? Contoh yang lain adalah ALLAH telah memilih kepada anda semua sebagai pelajar di sini juga mempunyai hubung kait yang erat dengan kejujuran dan kesungguhan yang ada dalam diri anda dalam bentuk dan gambaran yang mana ALLAH telah menjadika anda pelajar, adakah anda benar-benar mempunyai gambaran sepertimana yang ALLAH telah tetapkan kepada anda sebagai pelajar dengan apa yang dikehendaki oleh ALLAH kepada anda sebagai pelajar dengan menjaga waktu dan sebagainya...??
Maksud kejujuran yang ketiga iaitu kejujuran dan kesungguhan antara kita dengan makluk-makluk ALLAH adalah mempunyai hubung kait yang erat dengan dua kejujuran dan kesungguhan yang sebelumnya. Bilamana didapati mudah bagi kita untuk berdusta sesama manusia, maka sifar berdusta sesama manusia ini membawa kita kepada tidak jujur dalam muamalah kita dengan ALLAH dan muamalah kita dengan hawa nafsu kerana kita mudah berdusta kepada orang lain. “Pada suatu ketika, seorang yang mahir dalam membuat ukiran dari kayu di negeri syam (moga ALLAH mengangkat musibah yang berlaku di negeri itu) sangat gembira kerana pelanggannya suka akan keindahan ukirannya, namun apabila ada seseorang pembeli datang kepadanya untuk membeli ukirannya tiba-tiba si pengukir tadi terlihat akan kecacatan dari ukirannya itu dan tidak mahu menjualkannya kepada si pembeli, si pembeli tetap ingin membeli dengan mengatakan bahawa dia redha dan bersetuju dengan kecacatan yang ada dari ukiran tersebut, namun si pengukir tadi mengatakan bahawa `saya menjual barang yang ada kecacatannya ini sedang ALLAH mengurniakan kepada saya kepakaran dalam membuat yang lebih indah dan sempurna lagi bermakna saya tidak menghargai dan bersyukur dengan kepakaran yang ALLAH kurniakan kepada saya kerana menjual barang yang saya mengetahui kecacatannya dan saya khuatir kepakaran saya ini akan di tarik balik oleh ALLAH S.W.T.’ ”.
Saya akhiri dengan mengingatkan kepada diri saya sendiri dan hadirin hadhirat sekalian untuk mencari objektif daripada kejujuran dan kesungguhan yang ada di dalam diri kita, bukan dengan lisan sahaja tetapi juga dengan keadaan dan perbuatan, adakah segala perbuatan kita melalui lisan dan anggota tubuh bada kita lahir daripada sifat kejujuran dan kesungguhan yang diminta oleh ALLAH S.W.T. atau tidak.

Kalam dari Guru Mulia Al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin bin ‘Abdurrahman Al-Jifri حفظهالله تعالى
Translate by: Guru Mulia Al-Habib `Ali Zaenal `Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid  حفظهالله تعالى
Rewrite by: alfaqir-ilallahiazzawajalla / hamba yang Esa

No comments:

Post a Comment