Pages

Wednesday 24 October 2012

TAHAJJUD DAN QIAMMULLAIL


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


 Firman Allah;
أَقِمِ الصَّلَاةَ لِدُلُوكِ الشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ اللَّيْلِ وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا ﴿٧٨﴾وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ﴿٧٩﴾
Maksudnya: (78) Dirikanlah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) solat subuh sesungguhnya solat subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya). (79) Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Surah al-Isra’: 78-79)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. pernah ditanya mengenai solat yang paling utama sesudah solat fardhu, Rasulullah s.a.w. bersabda; “solat sunat malam hari”.
(Hadith riwayat Muslim)


Kerana itulah, maka Allah memerintahkan kepada RasulNya untuk menghidupkan malam hari dengan solat sunat tahajjud. Tahajjud bermaksud solat yang dikerjekan sesudah tidur sebagaimana pendapat Alqamah, al-Aswad, Ibrahim an-Nakha’I dan lain-lainnya. Hal ini juga sebagaimana yang banyak disebutkan didalam hadith Rasulullah s.a.w. yang menyebut bahawa beliau melakukan solat sunat tahajjudnya sesudah tidur.

Walaupun perintah ini ditujukan secara khusus oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w., tetapi orang-orang Islam itu disuruh untuk mengikut baginda Nabi s.a.w., maka adalah suruhan Allah itu merupakan suruhan dan perintah yang juga ditujukan kepada orang-orang Islam seluruhnya. Pendapat ini disebutkan didalam kitab Musnad melalui riwayat Abu Umamah al-Bahlil r.a.
Kelebihan solat tahajjud juga telah di khabarkan oleh Allah di dalam al-Quran melalui surah ad-Dzariat ayat 15-18.

Firman Allah S.W.T.;
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿١٥﴾ آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَ‌ٰلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾ كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿١٨﴾
Maksudnya: (15) Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (16) (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. (17) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. (18) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
(Surah ad-Dzariat: 15-18)

Faktor-faktor yang dapat membantu dalam usaha untuk bangkit melakukan tahajjud adalah:
1.    Mengikhlaskan niat untuk bangun tahajjud hanya kerana Allah S.W.T.
2.    Merasakan bahawa bangun di waktu malam itu adalah kerana dijemput oleh Allah S.W.T. melalui taufiq dariNya.
3.    Merasakan ianya merupakan satu seruan dari Baginda Nabi s.a.w. yang amat dicintai dan dirindui.
4.    Merasakan kelazatan bangun malam seperti yang dirasakan oleh golongan salafus soleh.
5.    Tidur mengikut sunnah Baginda Nabi s.a.w. seperti tidur diatas lambung sebelah kanan.
6.    Menjadikan solat malam sebagai perisai dalam menjauhkan diri dari kealpaan jiwa dan hati nurani dari menngingati Allah S.W.T.
7.    Merasakan segala rintihan didengari oleh Allah S.W.T.
8.    Merasakan keseronokkan bangun malam untuk bertahajjud sebagaimana yang dirasakan oleh Baginda Nabi s.a.w. sehingga bengkak-bengkak kaki.
9.    Merebut ganjaran yang dijanjikan Allah kepada mereka yang bangun malam untuk bertahajjud.
10.  Berdoa kepada Allah agar mudah untuk dibangunkan pada malam harinya untuk bertahajjud atau berqiammlullail.

Moga perkongsian ini dapat dijadikan wadah untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. dan kekasihNya Rasulullah s.a.w.

Selawat dan salam keatas junjungan yang mulia, Sayyidina waMaulana Muhammad Rasulillah  s.a.w., dan para junjungan. Allah humma Wahid, Tuhan yang telah menjadikan selawat keatas Sayyidina waMaulana Muhammad s.a.w. sebagai amalan yang paling mentaqarrubkan diri kepadaNya. Maka sesungguhnya hamba bertaqarrub kepadaMu dengan seluruh selawat yang telah diselawatkan keatas Baginda s.a.w. sejak mula ciptaan, sehingga segala kesempurnaan yang tiada penghujungnya. Allahumma, kurniakanlah selawat dan salam keatas junjungan kami Sayyidina waMaulana Muhammad s.a.w.  dan keatas ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian. Selawat yang membuka bagi kami pintu-pintu keredhaandan kemudahan. Dengannya Engkau menutup dari kami segala pintu-pintu kejahatan dan kepayahan. Dengannya Engkau menjadikan kepada kami sebagai pembela dan penolong. Engkaulah yaAllah, pembela kami, Engkaulah Tuhan kami, Engkaulah sebaik-baik Tuhan, dan sebaik-baik Pembela. أمين.

Wallahua’lam…..

No comments:

Post a Comment