Pages

Saturday 21 January 2012

Amalan Yang Di sukai Allah


Amalan yang paling disukai Allah

Suatu hari, datang Abdullah ibnu Mas`ud menemui Rasulullah lalu ditanyakan kepada Baginda, "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya. ” (Hadis riwayat Bukhari).

Solat di awal waktu
Solat adalah asas utama bagi kehidupan kita sebagai seorang muslim yang merupakan tiang kepada agama sebagaiman yang disebutkan didalam hadith “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya" (Riwayat Al-Bakhari dan Muslim). Keagungan solat juga dapat dilihat melalui arahan Allah supaya kita menunaikan solat iaitu semasa peristiwa isra’ dan mi’raj dimana Rasulullah SAW bertemu Allah bagi mendapatkan perintah menunaikan solat. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab ketika di padang mahsyar kelak sebagaimana yang disebutkan:”Dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud : “ Perkara yang pertama kali akan dihisab dari seorang hamba adalah shalatnya”.

Berbakti kepada Ibu Bapa
Seharusnya seorang anak berbakti kepada kedua ibu bapa kerana asbab dari mereka lah, kita dilahirkan ke dunia ini melalui takdir Allah. Firman Allah: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Surah Luqman – ayat 14).

Berjihad di jalan Allah
Kesenangan yang disediakan bagi Allah untuk hambanya yang berjihad pada jalanNya amat besar. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu:"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).

No comments:

Post a Comment