Pages

Wednesday, 18 January 2012

Malu Yang Dikeji.....


Ramai dari kalangan anak muda diberikan kelebihan daripada Alllah dan dikurniakan dengan Allah kecerdikan. Sebahagian yanglain mempunyai kreativiti, dalam bermacam-macam bidang dan pekerjaan. Tiada seorang pun dari kalangan manusia, melainkan Allah kurniakan kepadanya dengan keintelektualan, kepakaran, bakat, dan keistimewaan. Namun, yang meghalang mereka daripada menonjolkan kebolehan mereka adalah sifat malu yang disebut oleh para ulama’ sebagai malu yang dikeji.

Nabi SAW adalah manusia yang paling tinggi sifat malunya, dan dia lebih pemalu daripada seorang anak dara di sebalik tabirnya, dan baginda telah bersabda bahawasanya malu itu adalah di antara cabang-cabang iman. Tetapi, jika sekiranya malu ini menghalang seseorang itu daripada menonjolkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah dari kebaikan, maka malu ini adalah malu yang dicela.

Didalam kitab sahih al-Bukhari, Nabi SAW pernah menyoal para sahabat, “pokok apakah yang mirip seperti seorang mukmin?”. Nabi SAW membuat satu teka teki. Para sahabat diam. Para sahabat berkata “fikiran kami melayang ke padang pasir, pokok-pokok, dan kebun-kebun…”.  Apabila majlis tamat, tiada seorang pun dapat menjawab. Maka Nabi SAW menjawab, “Sesungguhnya pokok itu adalah pokok kurma.”  Waktu itu, Abdullah ibn Umar al-Khattab hanyalah seorang anak kecil. Apabila keluar dari majlis tersebut, dia memberitahu ayahnya, Saidina Umar-“Wahai ayah, aku sebenarnya tahu pokok itu adalah pokok kurma, tetapi aku malu”. Maka Saidina Umar berkata, “Sekiranya kamu menjawab soalan tadi, nescaya lebih aku sukai daripada sekian dan sekian,”. “Kalau kamu jawab, padahal kamu masih lagi budak kecil, dan menjawab soalan nabi, aku berbangga dengan kamu, dan kamu dapat menonjolkan kecerdikan yang Allah kurniakan kepada kamu”.  Saidina Umar menyalahkan anaknya kerana dia tahu jawapan tersebut, tetapi tidak menjawabnya.

Oleh itu, kami menasihatkan kepada para remaja, sesiapa sahaja yang mampu untuk membuat apa-apa sahaja kerja dan usaha, jangan tangguh-tangguh!. Walaupun bertemu dengan kegagalan atau cercaan sesetengah manusia atau berasa bersalah atau malu. Atasilah penghalang ini!. Akan lahir dari kamu kemampuan yang luar biasa. Kemudian akan tercapai tahap-tahap kecemerlangan serta kejayaan dengan izin Allah.

Ini merupakan suatu isu penting yang memerlukan perhatian dari para pemuda, sehingga akan lahir dalam masyarakat kita suatu hari nanti orang–orang yang kreatif, orang-orang berkeupayaan, ahli-ahli pemikir. Dan lahir dari kalangna para pemuda Islam, orang yang mencetuskan pelbagai keajaiban, yang menjadi kebanggaan Rasulullah SAW.

Walluhua'lam...

2 comments:

  1. Anonymous23:34

    gud one ! nice

    ReplyDelete
  2. Anonymous22:46

    semoga Allah mempermudahkan urusan mu

    ReplyDelete