Pages

Sunday 11 December 2011

Azam...??



Firman Allah: “…Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam), maka bertawakal lah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
            Sebagai seorang islam, seseorang yang berazam seharusnya bertawakal kepada Allah kerana sifat manusia yang lemah dari segenap hal. Dari sudut feqahnya atau sufinya, tawakal seharusnya mempunyai tiga perkara:
Seharusnya didalam tawakal itu terdapat tiga perkara
  •  Berusaha
  • Mengharap dan Berdoa kepada Allah
  • Redha dengan keputusan Allah
Inilah cara yang sebenar dalam berazam atas setip sesuatu yang akan membawa kita untuk beriman dengan rukun iman yang keenam iaitu beriman kepada qada’ dan qadar Allah keatas kita.
                Dalam membina azam, kata ulama’, binakanlah azam-azam yang kecik-kecil sebagai tangga untuk kamu mencapai kepada azam yang lebih besar. Moga dengan ini, Allah membuka pintu untuk kita merubah diri dalam mencapai azam dalam kehidupan kita. Wallahu`alam…

No comments:

Post a Comment