Pages

Sunday, 11 December 2011

Pembuka Bicaraku....


KuMulakan bicara ini dengan nama Allah Jallajalaluh, kupohon darinya pertolongan yang mulia, maha suci Tuhan yang telah memberi hidayat kepada manusia dengan kurniaNya, Dia membuka pintu pengharapan kepada seluruh makhlukNya, Allah sentisa berbudi dengan segala budi dan kurniaanNya bagi mereka yang meneguk  dari lautan ilmu hakikat. Adapun lautan ini tidak dapat diselami oleh orang yang jahil. Tidak mungkin bagi Allah, melantik seorang wali yang jahil atau bakhil. Selawat dan salam keatas junjungan kita,Saidina waMaulana Muhammad Rasulillah  s.a.w. , dan para junjungan kami ahli madinah.
Allah humma Wahid, Tuhan yang telah menjadikan selawat keatas Saidina waMaulana Muhammad s.a.w. sebagai amalan yang paling mentaqarrubkan diri kepadaNya. Maka sesungguhnya hamba bertaqarrub kepadaMu dengan seluruh selawat yang telah diselawatkan keatas baginda s.a.w. sejak mula ciptaan, sehingga segala kesempurnaan yang tiada penghujungnya. Allahumma kurniakanlah selawat keatas junjungan kami Saidina waMaulana Muhammad s.a.w.  dan keatas ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian. Selawat yang membuka bagi kami pintu-pintu keredhaandan kemudahan. Dengannya engkau menutup dari kami segala pintu-pintu kejahatan dan kepayahan. Dengannya engkau menjadikan kepada kami sebagai pembela dan penolong. Engkaulah ya Allah, pembela kami, Engkaulah tuhan kami, Engkaulah sebaik-baik tuhan, dan sebaik-baik pembela...... 

No comments:

Post a Comment