Pages

Tuesday 13 December 2011

Usah Bimbang Dengan Rezeki Allah...


“Kegigihan usahamu pada (perkara-perkara) yang telah pun dijaminkan untukmu (yakni di dalam urusan-urusan rezeki) di samping kelalaianmu pada (perkara-perkara) yang telah dituntut daripadamu (yakni di dalam mengerjakan ibadat) adalah satu dalil bagi terhapusnya al-basirah (penglihatan mata hati) daripada dirimu.”

Dalam usahamu menuju Allah, ada perkara yang telah Allah janjikan untukmu iaitu ajalmu, rezekimu, menyembuhkanmu, Dia juga menjamin untukmu bahawa Dia yang akan memberi petunjuk, Allah juga menjamin untukmu kehidupan kerana Dia yang menciptakan engkau.

Namun Allah mememrintahkan engkau untuk beribadah sebagaimana dalam firmannya:
(51:56) “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
Hal ini menjelaskan kepada kita supaya kita beribadah kepada Allah serta menjelaskan jenis ibadah.
Akan tetapi Allah berfirman:
(11:6) “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

Dan Dialah, Allah yang menaggung rezekimu dan Dia jugalah yang memerintahkan mu untuk beribadah kepadaNya.

Wahai saudaraku,
Engkau berusaha untuk mencari rezeki, dan meninggalkan apa yang Allah perintahkan kepadamu daripada ibadat. Ini merupakan satu petunjuk bahawa engkau tidak memahami Pemilikmu dan butanya basirahmu, yakni mata hatimu atau engkau tutup mata hatimu.

Hati mempunyai mata yang dinamakan basirah iaitu mata hati, sedang mata yang ada di anggota dinamakan mata penglihatan (Basar). Jika engkau buta dalam melihat apa yang dikehendaki Allah keatasmu, maka engkau tidak akan mampu melihat kepada hakikat Allah keatasmu. Kerana itulah dikatakan mata hatimu tertutup atau buta. (Moga Allah menjauhkan kita dari perkara itu). Oleh itu, seseorang manusia tidak boleh tidak mestilah memahami Allah dan kehendak Allah.

Setiap kali kita mengikut sunnah Nabi s.a.w. kita akan melihat keajaiban dan perkara yang pelik. Allah memberikan hidayah kepada manusia dengan sebab apa sekalipun mengikut kehendaknya jerana Dia yang menjadika segalanya dialam ini. Sesungguhnya tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah. Wallahu`alam….

No comments:

Post a Comment