Pages

Sunday 11 December 2011

Muhasabahlah Dirimu....


Muhasabah - hasaba, yuhasibu, hisab, muhasabah - perhitungan keatas diri
Muhasabah adalah satu bentuk penilaian terhadap diri yang biasanya dilakukan selepas berlaku sesuatu kejadian terutamanya terhadap sesuatu perkara yang buruk. Muhasabah amat penting dan amat dituntut dalam islam supaya kita tidak mengulangi setiap kesalahan dan dapat membersihkan hati dari sifat tercela. Antara kalimah yang digunakan oleh para ulama dalam menggambarkan erti muhasabah adalah seperti mujahadahtun nafs (jihad nafsu), mu`aqobah (satu bentuk hukuman keatas nafsu) dan mu`atabah (celaan terhadap nafsu).


Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadith, dalam mendifinisikan manusia yang paling cerdik “orang yg cerdik itu adalah orang yg merendahkan dirinya (bermuhasabah atas dirinya dan beramal untuk hari selepas mati)”.


Saidina Umar menukilkan "Hendaklah kamu melakukan hisab atau muhasabah keatas diri kamu sebelum kamu di hisab, dan timbanglah amalan tersebut iaitu segala amalan yang telah kamu kerjakan sebelum amalan itu ditimbangkan". Apabila Allah menggunakan timbangannya, maka segala amal akan tampak pada hari tersebut. Kerana sesungguhnya permahatian Allah amatlah teliti keatas setiap apa yang kamu kerjakan. Maka muhasabahlah dirimu sebelum kamu dihisab oleh  dihadapan Allah pada hari yang dijanjika olehNya.


Dalam sebuah kitab nukilan al-imam Ibn Athoillah As-Sakandari, menyatakan bahawa seorang ulama' sufi yang terkemuka sentiasa bermuhasabah pada setiap petang. Ini memberitahu kepada kita bahawa orang yang hebat akan sentiasa bermuhasabah atas dirinya terhadap apa yang telah dilakukannya pada setiap masa, menilai dosa yang telah dilakukan serta amal yang sedikit dalam mencapai keredaan Allah. Hitunglah wahai sahabat akan banyaknya dosamu yang mungkin tidak terhitung banyaknya. Atas dasar inilah, perlunya kita bermuhasabah atas diri kita yang selalu melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah.


Antara sifat  org yg beriman adalah sebagaimana yang disebutkan “tidak akan dipatuk ular terhadap orang beriman daripada lubang yg sama untuk dua kali”. Maka dengan ini jelas kepada kita apabila kita bermuhasabah terutamanya keatas dosa yang kita lakukan, kita tidak akan mengulangi dosa atau kesalahan yang sama dan ini memungkinkan kita untuk bersama orang-orang yang beriman.


Muhasabah juga dapat memperbetulkan sesuatu yang berada pada masa hadapan dan untuk kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ia juga menjauhkan kita dari menganggap dosa yang dilakukan ringan serta menjauhkan diri dari sifat munafiq. "orang yang munafiq melihat dosa yang dilakukan ibarat lalat yg singgah dihidungnnya, ditepis tanpa rasa apa-apa. Sedang orang yang beriman menganggap satu dosa yang kecil ibarat gunung yang akan menimpa kepalanya. Jika rasa ini subur dalam kalangan setiap muslim hari ini, sudah pasti umat islam hari ini tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan dan dapat mengawasi setiap tingkah laku diri masing-masing.


Dalam memantap dan menyuburkan iman dalam diri, haruslah kita kembali kepda firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 2, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal.” Sesuai dengan firman Allah diatas, seharusnya kita memperbaiki iman kita dengan mentadabbur Al-Quran yang diwahyukan Allah kepda kita bagi mencari jalankeimanan yang sebenarnya. Selain itu, kita juga haruslah sentiasa bersama dalam majlis-majlis ilmu serta mendampingi orang-orang alim. Iman seseorang manusia akan turun apabila manusia tersebut sentisa berada dalam majlis yang lagha, maka ianya akan membawa kepada penurunan iman sedang mendampingi majlis ilmu dan orang-orang alim akan membawa kita hamir kepada Allah. Zikrullah juga seharunya sentisa meniti dibibir selain beristighfar memohon ampun kepada Allah. Dengan cara ini InsyaAllah iman kita akan menignkat dan kita akan diberi kefahaman yang sebaiknya terhadap agama.

Muhasabah bukanlah sekadar niat untuk berubah, tetapi pelu memerlukan kepada satu anjakan yang besar dalam hidup melalui hala tuju yang telah diniatkan agar ianya istiqomah. Janganlah ditangguhkan muhasabah kerana ianya akan menjadika diri kita sentisa berada didalam kesalahan tanpa diperbetulkan akan kesilapan tersebut. Moga Allah memberi kita jalan keluar dalam mencari keredhaanNya didunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment