Pages

Friday 9 December 2011

Sujudlah...


Antara perintah utama yang diperintahkan oleh Allah keatas hambaNya adalah sujud.
Tatkalamana Allah menciptakan manusia pertama yakni Adam 'Alaihissalam, Allah telah memerintahkan malaikat dan iblis untuk sujud kepada Adam 'Alaihissalam sebagaimana firmanNya:

(2:34) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
(surah Al-Baqarah - ayat 34)
(Ulama' menyatakan bahawa sujud disini tidak lah sama sepertimana sujudnya manusia didalam solat, akan tetapi, sujud disini mebawa maksud menghormati Adam 'Alaihissalam sebagai ciptaan Allah yang agung)

Didalam ayat ini, hanya iblis yang ingkar akan suruhan Allah untuk sujud kepada Adam 'Alaihissalam. Maka, dengan itu, iblis telah ingkar akan suruhan Allah dan termasuklah ia dari golongan kafir yang takabbur kerana tidak mahu sujud kepada perintah Allah.

Manusia diperintahkan untuk sujud kepada Allah didalam solat. Dengan sebab itulah barangsiapa yang meninggalakan solat, maka berdosa besarlah ia kerana sombong dan angkuh mengingkari perintah Allah supaya sujud kepadaNya sebagaimana iblis yang sombong dan angkuh apabila disuruh sujud kepada Adam 'Alaihissalam. Dari sini, orang yang tidak solat boleh dihukum kafir sebagaimana iblisyang menjadi kafir kerana ingkar arahan Allah supaya sujud.
Pendapat dari Ahlusunnah Waljamaah mengataka, mereka yang beri'tiqad bahawa solat yang wajib itu tidak wajib sahaja yang dihukum kafir dan tidak boleh ditanam diperkuburan orang islam,disolatkan,serta dikafankan, manakala mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah termasuk dalam kalangan orang yang fasiq dan boleh disolatkan jenazahnya serta ditanam diperkuburan islam.

Perintah Allah supaya sujud adalah antara perintah yang utama kerana ianya mampu mebunag sifat angkuh dan sombong dalam diri manusia. Apabila manusia jauh dari sifat angkuh dan sombong, manusia akan tunduk dan menikut segala perintah dan suruhan Allah serta menjauhi segala larangan dan tegahan Allah.
Manusia yang tidak mahu sujud kepada Allah bererti sombong dan angkuh kepada Allah menjadiakan ia seorang yang kafir kerana hanya kafir sahaja yang tidak mahu sujud kepada Allah. Sedangkan semua makhluk lainnya sujud kepada Allah dengan cara yang tertentu.

Sujud hanya layak kepada Allah 'azzawajalla sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith:
Suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan di luar kota dan berjumpa dengan seorang badwi. Badwi ini meminta Rasulullah membuktikan kenabian dengan menunjukkan satu mukjizat. Rasulullah kemudiannya bertanya.: "apa yang kamu mahu". Nabi lantas menyuruh badwi tersebut menuju ke sebatang pokok kurma yang telah mati dan meminta badwi itu menyampaikan salamnya kepada pokok kurma tersebut.
Tanpa disangka-sangka pohon kurma itu telah menjawab salam Rasulullah dan kemudian telah bergerak dan berjalan menuju ke arah Rasulullah. Sesampainya di hadapan Nabi, pokok itu telah sujud dihadapan Rasulullah.
Badwi itu akhirnya mengakui kenabian Rasulullah dan telah mengucapkan syahadah dihadapan nabi.
Peristiwa tersebut akhirnya tersebar di kalangan orang ramai dan telah sampai kepada Umar ra. Umar kemudian pergi berjumpa nabi dan ingin sujud kepada nabi kerana katanya sedangkan pokok mati pun sujud kepada nabi. Tetapi nabi tidak memperkenankan permintaan Umar dan Nabi bersabda; "jika ada dikalangan makhluk boleh menyembah sesama makhluk, aku ingin supaya isteri menyembah suaminya"


Oleh yang demikian, sujudlah wahai manusia kepada Allah yang telah menciptakanmu dengan sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah akan membawa berjuta kebaikan kepada manusia bukan sahaja untuk kehidupan didunia, bahkan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak..

No comments:

Post a Comment